Robinson (tengah) menyerahkan sumbangan bagi pihaknya kepada Valentine.
SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) menjayakan penganjuran Majlis Penutupan Akademi Belajar Ajat Liuk Lundai dan Ajat Sape dari Studio Kajat Asas Iban Sibu, semalam.
Majlis tersebut diadakan di Rumah Sandra Umban, Batu 10, Jalan KJD Julau dekat sini.
Presiden Teresang Dayak Sarawak Robinson Corey berkata pihaknya telah menghulurkan sedikit sumbangan bagi menjayakan program tersebut.
"Kami ada memberi sedikit sumbangan wang tunai dan hamper kepada majlis tersebut.
"ersatuan kami amat menggalakkan program sebegini dalam usaha mempertahankan kebudayaan masyarakat Iban lebih-lebih lagi penglibatan generasi muda," katanya di sini, semalam.
Robinson berkata, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Duta Miss & Ms Plus World Malaysia dalam All Nation Ambassador Miss & Ms Plus World Malaysia 2024 Noreen@Noreeny Manggie.
Lebih 20 penduduk setempat menyertai akademi tersebut yang dikendalikan oleh tenaga pengajarnya Sifu [url=mailtoink@Valentine]Pink@Valentine[/url].
|