CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 0

[Sarawak] Kes langgar lari: Polis Miri minta saksi tampil bantu siasatan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode


Gambar menunjukkan lokasi kejadian yang berlaku di Jalan Miri-Lutong.

MIRI: Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes langgar lari yang berlaku di Jalan Miri-Lutong hingga menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata setakat ini jenis kenderaan dan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.

Justeru, beliau memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kejadian pada kamera papan pemuka mereka supaya tampil memberi kerjasama dengan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohammad Amiruddin Hamdan di talian 018-9529957 atau Balai Polis Trafik Miri - 085433587.



Motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk teruk di bahagian belakang

"Berdasarkan laporan yang diterima, kita telah membuka satu kertas siasatan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung kes ini.

"Siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Terdahulu menurut Alexson, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian langgar lari yang berlaku di Jalan Miri-Lutong di sini membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti.

Katanya, siasatan awal yang dilakukan mendapati motosikal yang dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 38 tahun (penunggang) dan 40 tahun (pembonceng) serta kenderaan yang melanggar mereka datang dari arah sama iaitu pusat bandar menghala ke Bandar Baru Permyjaya.

"Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan tersebut.

"Akibat dari kemalangan itu, pembonceng telah disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Miri, manakala penunggang mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan," ujar beliau lanjut.

Selain itu, menurut Alexson, kesan daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079545 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list