CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak peruntuk geran RM1.6 juta kepada 43 pertubuhan belia, sukan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tiga kiri) secara simbolik menyampaikan geran kepada Pertubuhan Bola Keranjang Sarawak. Turut kelihatan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat (kiri).

KUCHING: Kerajaan negeri memperuntukkan geran berjumlah RM1,628,600 kepada 43 pertubuhan belia dan sukan bagi memperkasa dan menyokong mereka dalam aktiviti serta program tahunan, sambil bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan mengiktiraf peranan penting persatuan belia dan sukan sebagai pemacu agenda pembangunan masyarakat negeri melalui Inklusiviti Sosial di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Sehubungan itu, beliau berharap pemberian geran ini akan dapat mengalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam program dan aktiviti persatuan belia dan sukan di Sarawak.

“Semoga geran yang diberikan dapat menyuntik semangat kepada semua persatuan belia dan sukan tempatan untuk terus maju jaya dalam mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan persatuan masing masing secara menyeluruh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran Sukan dan Beli Sarawak 2024 anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di sebuah hotel di sini pada malam Isnin.

Abdul Karim menyeru setiap persatuan dan atlet untuk menanamkan pemikiran sang juara untuk mencapai sasaran dan matlamat mereka.

Beliau menasihatkan semua persatuan belia dan kelab sukan di Sarawak agar tidak bermain politik atau pilih kasih dalam aktiviti pengurusan atlet.

“Sekiranya situasi sedemikian berlaku, ia akan menganggu prestasi termasuk persembahan atlet tempatan di temasya SUKMA nanti,” katanya.

Mengulas mengenai temasya SUKMA, Abdul Karim berkata secara keseluruhannya, persediaan Sarawak untuk penganjuran temasya sukan itu sedang berjalan dengan baik.

Pada masa ini katanya, hanya tinggal 174 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya SUKMA Sarawak.

Justeru, beliau menggesa agar persatuan belia dan kelab sukan di Sarawak bersatu serta berusaha bersama-sama untuk menjadikan Sarawak juara keseluruhan bagi Sukma XXI.

“Dengan peruntukan, peluang yang ada ini, saya menyeru kepada semua persatuan; pertubuhan belia dan sukan yang hadir pada malam ini untuk terus mempertingkatkan potensi dan prestasi mereka selari dengan objektif penubuhan masing-masing.

“Saya juga berharap dengan sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak, kita mampu bangkit sebagai kuasa sukan di Malaysia dan bersedia untuk SUKMA pada tahun ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060964 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list