CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak masuki tempoh penting dalam dapatkan semula hak dan autonomi

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:04 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim bersama tetamu kehormat lain dan para penggamal media merakam gambar kenangan pada majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina KDJA di Kuching. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak memasuki tempoh penting pembangunan dalam mendapatkan semula hak dan autonominya, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, negeri ini telah menetapkan matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dan semakin hampir untuk Sarawak merealisasikan potensi ekonominya sebelum tahun 2030.

“Kita mahu memainkan peranan dan bahagian kita sekarang lebih penting daripada sebelumnya.

“Mengapa ia lebih penting sekarang berbanding sebelum ini? Kerana kita sedang memasuki peringkat pembangunan,” katanya pada majlis Makan Malam Gala Tahun Baharu Cina Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, malam Isnin.

Mengambil contoh, Dr Sim berkata, Sarawak sedang memperjuangkan autonomi penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

“Ia bagi menjaga kebajikan rakyat Sarawak dengan lebih baik lebih-lebih lagi Pusat Jantung Sarawak kita telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Dengan lebih 245,000 rakyat Sarawak dirawat di pusat itu sejak 22 tahun lalu, beliau berkata ia telah disenaraikan dalam 100 hospital pakar terbaik di Asia Pasifik dan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah setanding di Australia dan United Kingdom.

Beliau memberitahu negeri turut mengiktiraf kepentingan pendidikan dan kerajaan Sarawak akan menanggung kos antara RM500 juta dan RM600 juta setahun untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak mulai 2026.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah memulakan pembinaan lima sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak milik kerajaan untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada rakyat Sarawak, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka,” katanya.

Menurutnya, setiap sekolah antarabangsa disasarkan mempunyai populasi pelajar seramai 1,000 orang dan pelajar daripada keluarga B40 layak mendapat pengecualian yuran sekolah.

“Kira-kira 40 peratus pengambilan di sekolah antarabangsa Yayasan juga dikhaskan untuk pelajar daripada kumpulan yang berpendapatan sederhana atau M40 dan mereka juga akan menikmati pengurangan yuran sekolah,” katanya sambil menambah baki 10 peratus pengambilan adalah dikhaskan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055865 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list