CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan Tuai Rumah Sibu hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode


Tuai Rumah Dieo (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada Tuai Rumah Rebah sambil diperhatikan ahli-ahli PTRS serta penghuni rumah panjang terbabit.

SIBU: Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Rebah Semilan di Nanga Tutus, Batang Igan hari ini.

Sumbangan kewangan itu diserahkan oleh Pengerusi PTRS Tuai Rumah Dieo Kanyan kepada Tuai Rumah Rebah Semilan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PTRS Tuai Rumah Catherine Tamoh, Setiausaha Tuai Rumah Peter Tinggom Santap, Bendahari Tuai Rumah Mathew Maja serta ahli-ahlinya.

Tuai Rumah Rebah merupakan salah seorang ahli PTRS yang menjadi ahli sejak setahun lalu sebaik dilantik menjadi tuai rumah.

Dalam kejadian pagi 18 Februari lalu, tujuh daripada 13 pintu Rumah Rebah musnah dalam kebakaran menyebabkan seramai 27 penghuni hilang tempat tinggal.

Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053469 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list