CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

[Sarawak] Sepuluh keluarga terjejas akibat kejadian angin kencang terima bantuan JKM Miri

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode


Lee (tiga kanan) meneliti maklumat mangsa yang direkodkan oleh pegawai JKM Miri semasa lawatan pagi tadi.

MIRI: Sebanyak 10keluarga di Happy Garden, Riam di sini yang terjejas akibat kejadian angin kencang berlaku pada petang kelmarin menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata mangsa terlibat akan diberi bantuan segera dalam bentuk wang tunai untuk mereka membeli bahan binaan bagi tujuan membaik pulih rumah masing-masing.

"Semasa kejadian, saya tiada di sini dan apabila datang ke sini pagi ini, saya dapati beberapa buah rumah mengalami kerosakan di mana bumbung 10 buah rumah di kawasan Happy Garden di sini tercabut dan diterbangkan angin.

"Saya memaklumkan kepada JKM Miri untuk melakukan semakan dan mengumpul maklumat mangsa terjejas," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa di sini hari ini.

Lee berkata, JKM Miri berhubung dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri untuk menilai kerosakan dialami dan seterusnya menentukan kos membaik pulih.

Turut mengiringi Lee dalam lawatan itu ialah Kaunselor Jeffery Phang.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 2 petang itu, angin kencang dan hujan lebat yang melanda kurang 10 minit menerbangkan bumbung 10 rumah di taman perumahan terbabit.

Sementara itu, seorang penduduk yang sempat ditemui, Tinggang Manda, 63, semasa berkata kejadian dia baru hendak makan apabila terdengar bunyi bising tatkala angin kencang dan hujan lebat melanda.

"Ketika kejadian, saya baru hendak makan apabila terdengar bunyi bising dan apabila melihat ke luar rumah, saya nampak atap rumah berterbangan dan jatuh ke jalan.

"Saya menjadi cemas kerana ketika itu saya bersendirian sementara anak dan menantu keluar membeli sayur dan semasa masuk semula ke rumah mendapati bilik tidur saya basah akibat bumbung tercabut dan terbang," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055688 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list