CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Sarawak] JKR buka tender semula projek pembinaan SK Sayed Othman

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Ting (tengah) ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan SK Sayed Othman yang terbengkalai sejak hampir dua tahun lalu. Turut hadir Louis (kiri) dan Awang Ali (kanan) di Miri hari ini.

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) membuka tender semula projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman yang terbengkalai pembinaannya selama 655 hari.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting berkata keputusan itu dibuat setelah mendapati kontraktor sebelum ini gagal menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh ditetapkan walaupun memohon tambahan masa.

Katanya, tender baharu itu nanti dibuka mulai 31 Mac hingga 30 April depan.

"Setelah proses tender ini selesai dan setelah pemaju baharu dikenal pasti, saya berharap kerja-kerja menyiapkan bangunan sekolah terbengkalai hampir dua tahun lalu dapat dilakukan segera agar anak-anak belajar di sini boleh kembali ke sekolah asal mereka semasa sesi persekolahan 2025 bermula.

"Buat masa sekarang, anak-anak yang belajar di SK Sayed Othman terpaksa menumpang belajar di SK Miri," katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek pembinaan sekolah itu di sini hari ini.

Hadir sama, Penolong Jurutera Bahagian (Pembangunan) JKR Miri Louis Jonathan Philip dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Miri Awang Ali Awang Ahmad.

Menurut Ting, projek pembinaan semula dan menaik taraf SK Sayed Othman dengan kos bernilai lebih RM7.9 juta bermula pada 17 September 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada 16 Mac 2022.

"Tarikh siap projek kemudian dijadualkan semula pada 5 April 2023 setelah kontraktor beberapa kali memohon tambahan masa menyiapkan kerja-kerja pembinaan.

"Walaupun diberikan tambahan masa, namun mereka masih gagal menyiapkan tugasan diamanahkan dan kita terpaksa mengambil keputusan  menamatkan kontrak mereka pada Oktober tahun lepas," katanya sambil memberitahu, setakat ini bangunan itu disiapkan oleh kontraktor terdahulu sebanyak 69.3 peratus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.293295 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list