CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 0

[Sarawak] Kepimpinan cemerlang Premier Sarawak dapat pengiktirafan Malaysia dan dunia

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:09 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyaksikan penyerahan cenderamata daripada jawatankuasa penganjur kepada Awangku Jinal (dua kiri) di Limbang malam tadi.

LIMBANG: Kepimpinan cemerlang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memimpin Sarawak mendapat pengiktirafan Malaysia dan dunia.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Abang Johari berjaya mengukir pelbagai kejayaan baharu merealisasikan hasrat menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Abang Johari sememangnya pemimpin yang mempunyai wawasan jauh dan beliau telah diiktirafkan sebagai pemimpin cemerlang bukan sahaja di Sarawak, Malaysia malah seluruh dunia.

“Justeru, kita sangat beruntung mempunyai kepimpinan sebegini, lebih-lebih lagi beliau merupakan anak kelahiran Limbang dan kita seharusnya menyokong usaha beliau untuk membangunkan negeri Sarawak ini termasuk Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Limbang di Dewan Suarah Limbang malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan tetamu lain.

Menurutnya, Abang Johari juga berjaya memperkenalkan dasar-dasar baharu yang boleh membawa Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

Malah katanya, Limbang merupakan daerah kelahirannya turut menerima tempias pembangunan dengan pelaksanaan pelbagai projek mega.

Antaranya Lebuh Raya Pesisir Kawasan Utara, Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), Tebingan Sungai Limbang serta projek mega lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.331519 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list