CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 0

[Sarawak] Perangkap nyamuk inisiatif baharu cegah denggi

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:11 PM | Show all posts |Read mode


Ting (kanan) mendengar penjelasan lanjut mengenai fungsi perangkap nyamuk aedes di Sibu, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) melancarkan inisiatif pencegahan baharu dengan memasang 110 unit Stesen Perangkap Penyebaran Auto (Auto Dissemination Trap) di sekitar bangunan Pasar Sentral Sibu.

Pengerusinya Clarence Ting berkata, langkah itu sebagai tindakan proaktif mengurangkan risiko penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk tempatan khususnya di daerah ini.

Katanya, inisiatif itu adalah kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kebersihan dan keselamatan awam di kawasan pasar yang kerap menjadi titik fokus pembiakan nyamuk aedes dan Pasar Sentral Sibu dipilih sebagai lokasi percubaan.

"Kami mengambil inisiatif ini dengan memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Penyakit denggi adalah ancaman serius dan kami komited melakukan segala yang perlu untuk melindungi orang ramai daripada risiko tersebut.

"MPS membeli sebanyak 110 unit perangkap itu yang terbukti merupakan usaha sangat berkesan di Semenanjung Malaysia.

"Perangkap ini ditempatkan di seluruh kawasan pasar sentral manakala KKM membantu dalam pengambilan rekod hasil daripada inisiatif ini.

"Jika keberkesanan terbukti, MPS berhasrat meluaskan penempatan perangkap nyamuk itu ke pasar-pasar lain di Sibu selepas April depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pemasangan perangkap nyamuk di Pasar Sentral Sibu hari ini.

Ting turut berkongsi laporan terkini daripada KKM yang menunjukkan terdapat peningkatan kes demam denggi minggu epidemiologi ke-08 tahun ini iaitu kenaikan 88 peratus berbanding sebelumnya.

"Sebanyak 15 kes dilaporkan dan Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu enam kes diikuti Selangau (enam) dan Kanowit (tiga).

"Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan Sibu sebelum ini adalah 'hotspot' penyakit demam denggi," jelasnya.

Justeru, beliau berharap pemasangan perangkap itu dapat mengurangkan jumlah nyamuk aedes selain turut mengajak masyarakat bekerjasama.

Selain itu, Ting turut menyatakan niat mengetahui keberkesanan inisiatif itu dan memberi kenyataan lanjut kepada orang ramai.

"MPS dan KKM berharap langkah ini dapat menjadi contoh berkesan mengawal penularan denggi di Sarawak," katanya.

Bercakap lanjut, Ting memberitahu kos setiap satu perangkap nyamuk adalah RM23 dan ia direka khas untuk menarik nyamuk aedes mencari tempat bertelur.

"Nyamuk dewasa tercemar dengan racun serangga dalam perangkap menyebarkannya ke tempat pembiakan lain, membantu membunuh jentik-jentik nyamuk dan menghalang perkembangannya.

"Pertama kali digunakan di Sarawak, Stesen Perangkap Penyebaran Auto adalah alat selamat berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061512 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list