CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] Charlie dilantik sebagai Timbalan Residen Bahagian Sri Aman baharu

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode


Elvis (dua kanan) menyerahkan Fail Nota Serah Tugas kepada Keling (kiri) sambil diperhatikan Abang Mohamad Porkan (tengah), Langgong (kanan), Shariff (dua kanan) pada majlis tersebut.

SRI AMAN: Charlie Keling dilantik sebagai Timbalan Residen Bahagian Sri Aman yang baharu, berkuat kuasa 19 Februari lalu.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Pejabat Residen Bahagian Sibu menggantikan Elvis Didit selaku Timbalan Residen Bahagian Sri Aman yang akan berpindah secara rasmi ke Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman ketika berucap pada Majlis Sanjung Budi Lambaian Kasih malam tadi mengakui sepanjang empat tahun perkhidmatan Elvis di Sri Aman, beliau menyumbang banyak jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan di sini.

"Saya nampak beliau (Elvis) tidak pernah lokek dengan ilmu pengetahuan malah segala pendapat dan pandangan kakitangan lain pun akan diperhalusi dan diterima dengan hati terbuka.

“Jalan penyelesaian sentiasa ada terhadap masalah yang kita hadapi dalam pentadbiran di bahagian Sri Aman.

"Selama beliau berkhidmat di sini, boleh saya simpulkan beliau seorang yang sangat berwibawa dalam kepimpinan dan menyerlah dalam pergaulan dengan masyarakat di sini,” jelasnya.

Katanya, walaupun beliau berpindah tetapi ketokohan, kecemerlangan dan dedikasinya memberi suntikan semangat kepada pegawai-pegawai baharu dan lama dalam meneruskan tanggungjawab diamanahkan.

Hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang dan Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.295621 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list