CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 0

[Sarawak] Ahli JKKK Kampung Gawang Tengah adakan kunjungan hormat terhadap Snowdan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:14 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan (tiga kanan), Jabelen (dua kanan) bersama ahli JKKK Kampung Gawang Tengah, Balai Ringin semasa kunjungan ke pejabat menteri muda itu semalam.

SRI AMAN: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gawang Tengah, Balai Ringin mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur II semalam.

Kunjungan tersebut diketuai Ketua Kampung Jabelen Hamzah bersama ahli-ahli JKKK terdiri daripada setiausaha, bendahari dan wakil Biro Wanita JKKK itu.

Jabelen berkata, kunjungan itu bagi berbincang mengenai pembangunan, perpaduan dan permintaan daripada JKKK berkenaan.

Katanya, perjumpaan dan perbincangan itu sangat penting bagi JKKK itu kerana adalah satu peluang bagi mereka mengetengahkan segala permasalahan berlaku di kampung mereka kepada wakil rakyat kawasan.

“JKKK kita berharap segala apa juga masalah dikemukakan kepada wakil rakyat ini dapat diambil tindakan dan diselesaikan bagi memastikan kampung tersebut membangun seperti kampung-kampung lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringgin,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringgin itu turut menghargai dan berterima kasih kepada JKKK Kampung Gawang Tengah kerana meluangkan masa berkunjung ke pejabat beliau.

“Saya selaku wakil rakyat di kawasan ini amat mengalu-alukan setiap JKKK kawasan Balai Ringin berkunjung dan bertemu dengan saya membincangkan masalah dihadapi di peringkat kampung dan mencari jalan terbaik membangunkan kampung masing-masing.

“Selain saya berkunjung ke kampung-kampung di kawasan tidak salah juga sekiranya JKKK yang ada mempunyai masa terluang, berkunjung ke pejabat saya dan ini adalah peluang kita semua berbincang dan bertemu sesama sendiri terutama membincangkan hal pembangunan di kampung terlibat.

“Adalah lebih baik sekiranya kita berbincang dalam kumpulan kecil seperti ini, sekurang-kurangnya masalah dikemukakan dapat diteliti dan dibincang bersama setiap jalan penyelesaiannya.

“Saya sendiri berada di kawasan menyantuni penduduk atau menghadiri program-program anjuran JKKK, agensi dan sebagainya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072160 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list