CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Sarawak] MPS kaji kemungkinan susun semula, seragamkan pengurusan tandas awam

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:15 PM | Show all posts |Read mode


Ting (kiri) bersama Yiing (dua kiri) ketika meninjau keadaan tandas awam di Pasar Sentral Sibu hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengkaji kemungkinan menyusun semula selain menyeragamkan pengurusan serta bayaran masuk ke tandas di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Richard Ting berkata di bawah MPS terdapat tandas awam di bawah pengurusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama bagi tandas di taman-taman komuniti.

"Di bawah MPS, kita ada tandas di taman-taman komuniti di bawah Local Agenda 21 (LA21), medan selera, pasar awam dan taman rekreasi awam.

“Jadi tandas-tandas itu di bawah pengurusan atau kontraktor berbeza.

"Oleh itu, kita mahu mencari cara bagaimana hendak menyusun dan menyeragamkan pengurusan serta bayaran masuk di semua tandas itu," katanya ketika meninjau keadaan tandas awam di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalannya Kaunselor Yiing Sy Huat, Kaunselor Yii Souk Ming serta kakitangan MPS.

Menurut Ting, wujud perbezaan bayaran masuk ke tandas awam kerana ada kontraktor diminta menyelenggarakan tandas dan melakukan kerja-kerja pembaikan kecil.

Sementara kontraktor tandas lain hanya melakukan kerja-kerja pembersihan sahaja manakala kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh MPS.

"Malah, ada tandas diuruskan NGO terutama tandas di taman-taman komuniti dan tender kontrak bagi penyelenggaraan tandas oleh NGO terbabit," jelasnya.

Menyentuh mengenai lawatan itu, Ting berkata ia bagi melihat keadaan tandas dan melaporkan semula kepada MPS bagi membolehkannya membuat keputusan lanjut.

"Ia dibincangkan dan dilaporkan kepada jawatankuasa bertindak berkaitan sebelum dibentangkan pada mesyuarat MPS untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085069 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list