CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor projek infrastruktur perlu manfaatkan cuaca baik ketika ini

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-2-2024 03:17 PM



Uggah (tengah) bersama Penguang (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan berlatarbelakangkan Jambatan Marudi yang sedang giat dibina.

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu kontraktor projek infrastruktur seperti jambatan di seluruh negeri memanfaatkan sepenuhnya keadaan cuaca yang baik ketika ini.

Menurutnya, mereka harus menggandakan usaha bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dapat disiapkan mengikut jadual atau tidak tertangguh.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kini kerajaan telah meluluskan banyak projek jalan di seluruh negeri dan dalam proses pelaksanaan.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) negeri telah diarah melipatgandakan usaha mereka bagi pelaksanaan projek.

"Di Daerah Marudi sahaja, kita ada kira-kira 10 projek jalan. Bagaimanapun hakikatnya di Bahagian Miri, terdapat dua agensi terlibat dalam pembinaan jalan iaitu JKR dan RECODA (Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah)," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak projek Jambatan Marudi di Marudi hari ini bagi melihat perkembangan terkini projek berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Mangil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi dan Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Datuk Chiew Chee Yau.

Menjelas lanjut, Uggah berkata RECODA mengkhusus kepada pembinaan jalan raya dalam kawasan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), justeru walaupun tugas JKR berkurangan, ia akan terus memantau rapat semua pelaksanaan projek.

Mengenai projek Jambatan Marudi, Uggah berkata beliau sangat gembira dengan perkembangan pembinaannya.

"Sekarang ia sudah siap 68.4 peratus berbanding jadual 56.33 peratus untuk tempoh dua tahun pembinaannya.

"Ia dijangka siap pada September tahun ini berbanding jadual asalnya menjelang Jun 2025 (dua setengah tahun)," jelasnya.

Beliau mendedahkan, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan lawatan ke Marudi tahun lalu telah meminta agar kontraktor bertanggungjawab menyiapkan Jambatan Marudi dalam tempoh dua tahun.

"Daripada apa yang boleh kita lihat hari ini, kontraktor melakukan kerja mereka dengan baik sekali seperti diminta.

"Mereka mempunyai jentera dan bahan-bahan (binaan) termasuk membuat fabrikasi di tapak.

"Bagi mengatasi masalah kurang pekerja, mereka mengarahkan pekerja bekerja pada waktu malam dengan bayaran pampasan sewajarnya.

"Inilah cara mereka bekerja untuk mencapai peratusan siap membanggakan ini," katanya.

Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd sedang menyiapkan baki kerja projek Jambatan Marudi dengan nilai kontrak berjumlah RM116.5 juta.

Penyambungan seksyen-seksyen jambatan sepanjang 650 meter dengan dua lorong itu dijangka dilaksanakan menjelang Julai tahun ini.

Menurut Uggah lagi, inisiatif kontraktor Jambatan Marudi wajar dicontohi oleh kontraktor jambatan yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052217 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list