CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 0

[Sarawak] Atok dilantik sebagai Temenggung komuniti Bidayuh ganti Austin

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode


Sagah menyerahkan watikah pelantikan Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching kepada Atok (kanan). Turut kelihatan (dari kiri) Miro dan Henry.

KUCHING: Ketua Kaum Kampung Gumbang Atok Derop dilantik sebagai Temenggung komuniti Bidayuh yang baharu bagi bahagian Kuching.

Beliau yang juga pegawai budaya Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), menggantikan Dato Austin Dimin yang memegang jawatan itu dari 2013 hingga 2023.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Atok menerima watikah pelantikan daripada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di pejabatnya kelmarin.

Hadir sama semasa majlis penyerahan watikah pelantikan Atok ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep dan ADUN Serembu Miro Simuh.

Sagah yang juga penasihat DBNA dalam ucapan ringkasnya semasa penyerahan watikah pelantikan itu berharap Atok selaku Temenggung yang baharu akan menjalinkan kerjasama baik dengan semua wakil rakyat serta pegawai-pegawai kerajaan di bahagian Kuching.

Beliau juga meminta komuniti Bidayuh terus menyokong DBNA yang berperanan sebagai badan pusat mereka.

Dalam perkembangan lain, Sagah menegaskan pertunjukan persembahan berkaitan amalan tradisi lama dari Kalimantan, Indonesia harus dielakkan semasa acara awam.

Ini kerana ujarnya, persembahan sebegitu boleh menimbulkan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat lain.

Beliau berkata Sarawak adalah sebuah wilayah dengan rakyatnya harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.278734 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list