CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 0

[Sarawak] Hotel di Sarawak digalak dapatkan Pensijilan Halal Malaysia

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Mana-mana hotel di Sarawak yang belum mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia digalak berbuat demikian, kata Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

Beliau berkata, langkah itu bagi memberi lebih keyakinan kepada orang ramai selain kepentingan untuk penyediaan makanan halal.

Apatah lagi katanya, menjelang Ramadan ini pasti banyak hotel yang menyediakan perkhidmatan bufet untuk berbuka puasa.

“Alhamdulillah, hotel-hotel di sekitar Kuching kebanyakannya sudah mempunyai sijil halal dan saya sangat bersyukur atas kerjasama mereka dalam hal ini.

“Biarpun permohonan sijil halal di Malaysia tidak diwajibkan dan lebih kepada secara sukarela namun kita mohon mana-mana hotel yang belum memiliki sijil itu untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konti Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Misnu berkata, sijil halal tersebut akan membolehkan pihaknya membantu mempromosikan hotel berkenaan kepada orang ramai.

Selain itu katanya, ia juga memudahkan banyak program kerajaan atau swasta dianjurkan nanti.

“Sebagai pengguna terutama masyarakat Islam kita perlu mengambil berat tentang makanan halal kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

“Jadi saya menyeru agar mereka memilih makanan yang diyakini halal dan harap masyarakat Islam tahu tempat di mana mahu makan ketika Ramadan nanti,” ujar beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.288738 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list