CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 0

[Sarawak] Waspada ketika cuaca panas melanda negara

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Limbang dan Beaufort Sabah merupakan antara daerah terpanas di Malaysia seperti dilaporkan oleh MetMalaysia



Dr Abdul Rahman (lima kiri) dan Yunus (empat kanan) ketika melawat tapak projek Dataran Bandar Limbang hari ini.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menasihati penduduk di sini agar berhati-hati dan tidak mengambil ringan sebarang risiko terutama dalam aspek kesihatan ketika cuaca panas melanda negara pada masa ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Limbang dan Beaufort Sabah merupakan antara daerah terpanas di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurutnya, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku kepada mana-mana individu yang terdedah dengan kepanasan melampau secara berterusan selain mengelak berlaku insiden tidak diingini.

“Dilaporkan pada masa ini, Limbang dan Beaufort di Sabah adalah kawasan terpanas di Malaysia dan memang kita perlu lebih berhati-hati dan kurangkan aktiviti di luar.

"Selain itu, banyakkan minum air dan berhati-hati di rumah supaya tidak ada kejadian tidak diingini seperti kebakaran berlaku,” katanya ditemui pada lawatan ke tapak Projek Dataran Bandar Limbang hari ini.

Turut sama Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi.

Pada 19 Februari lalu, MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan dua kawasan iaitu Beaufort (Sabah) dan Limbang di Sarawak berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

Amaran itu dikeluarkan susulan suhu maksimum harian dijangka mencecah 35 hingga 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut berdasarkan rekod dicatatkan setakat jam 4 petang.

Dalam pada itu, kontraktor sudah diarah menyiapkan segera projek Dataran Bandar Limbang yang merupakan projek sakit selewatnya April tahun ini.

Menurutnya, projek itu menyediakan lebih 300 lot parkir kereta selain membina kawasan rekreasi bagi kanak-kanak dan orang dewasa serta tapak Tamu Khamis dan Jumaat.

"Dataran Bandar Limbang merupakan projek sakit yang menempatkan kemudahan padang bola sepak, kawasan riadah seperti joging dan sebagainya serta kemudahan lot parkir kereta," jelasnya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.084050 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list