CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 0

[Sarawak] Guna siaran radio digital, IRIS ketengah program keagamaan sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode


Misnu dan Abang Abdul Wahap ketika Majlis Perasmian Konti IRIS hari ini. Gambar Chimon Upon

KUCHING: Agensi Islam di negeri ini disarankan menggunakan siaran radio digital, Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) sebagai medium untuk mengetengahkan banyak program termasuk keagamaan sepanjang Ramadan nanti.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata, ini kerana radio digital yang dikendalikan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) selari dengan era teknologi terkini yang menawarkan pelbagai pengisian kepada pendengar.

“Selain saluran untuk berdakwah, mengajar dan mendidik, ia juga boleh menjadi medium untuk kita memaklumkan kepada masyarakat mengenai pelbagai program yang akan dilaksanakan

“Antaranya mengenai perkhidmatan termasuk Biasiswa Ibnu Khaldun yang dikendalikan oleh Tabung Baitulmal Sarawak serta perkara berkaitan dengan Tabung Haji,” katanya pada Majlis Perasmian Konti IRIS di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi-agensi Islam di Sarawak memanfaatkan radio digital itu sebaik mungkin dengan menjalinkan kerjasama dengan LAKMNS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai memberitahu sehingga kini, hampir 30 organisasi sama ada agensi Islam, awam, swasta mahupun personaliti terkenal telah dijemput mengadakan perkongsian di konti IRIS.

Menurutnya, ia membuktikan platform yang disediakan IRIS itu mendapat sambutan yang baik daripada agensi-agensi Islam.

“IRIS turut mempunyai pelan jangka panjang, antaranya untuk melihat bagaimana kami boleh menjana pendapatan terutama dalam aspek penjualan iklan atau ‘air time’ seperti yang dipraktikkan entiti media yang lain tetapi pada kadar yang berpatutan.

“Sekurang-kurangnya pendapatan yang kita perolehi kelak boleh digunakan untuk menanggung kos operasi IRIS,” ujarnya.

IRIS yang diwujudkan pada 2020 telah melancarkan konti baharu dengan barisan penyampainya adalah dalam kalangan kakitangan LAKMNS.

Kandungan IRIS merangkumi perkongsian daripada agensi-agensi Islam, agensi awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana topik perbincangan adalah tentang isu keagamaan, kesihatan, kewangan dan lain-lain yang bersifat kepentingan awam.

Radio digital yang  bersiaran dari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu boleh didengar melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun daripada aplikasi Play Store (untuk pengguna Android) dan App Store (IOS).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list