CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2668|Reply: 0

[Sarawak] Cef kelahiran Kuching jadi yang pertama terima pengiktirafan Michelin

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:32 PM | Show all posts |Read mode


Goh (kanan) dan Pongcharn memegang anugerah Michelin.

KUCHING: Cef Michelle Goh, yang berasal dari Kuching telah mencapai pengiktirafan luar biasa sebagai cef wanita Malaysia termuda dan pertama dari Sarawak yang menerima pengiktirafan berprestij Michelin.

Ini adalah selepas beliau dianugerahkan bintang Michelin kepada Mia Restaurant Bangkok, di mana beliau adalah salah seorang pengasas bersama cef Thai Pongcharn ‘Top’ Russell.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak restoran berkenaan, Goh merupakan cef dan penaung Restoran Mia, yang terletak di tengah-tengah Sukhumvit Soi 26 di Bangkok.

Dalam dunia seni kulinari, istilah 'chef patron' merujuk kepada seorang cef yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, yang bukan sahaja mengendalikan dapur tetapi juga memiliki dan menguruskan restoran.

Pencapaian Goh menurut kenyataan itu, melangkaui dapur kerana telah dianugerahkan dengan anugerah 'Cef Muda Terbaik' manakala Restoran Mia telah diiktiraf kerana memiliki 'Menu Pencuci Mulut Terbaik' oleh Bk Top Tables.

"Berasal dari bandar raya Kuching yang menawan di pulau Borneo, Michelle Goh memperhalusi kemahiran masakannya di Le Cordon Bleu Sydney dan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai di bawah bimbingan cef terkenal, termasuk Three-Hatted Eleven Bridge oleh Neil Perry di Australia.

"Kehausannya terhadap ilmu itu kini terbukti, kerana beliau menggunakan masa lapangnya yang terhad untuk belajar daripada pemain gergasi industri yang dihormati seperti Anna Polyviou.

"Perjalanan masakannya juga membawanya ke Pollen di bawah Jason Atherton di Singapura sebelum mencari rumah di 'Land of Smiles'  (Thailand)," kata kenyataan akhbar terbabit.

Pihaknya menambah sebelum Restoran Mia, Goh telah menyertai dua restoran berbintang Michelin, Suhring, juga di Bangkok, di mana dirinya memimpin bahagian pastri pada usia 23 tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055105 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list