CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3165|Reply: 0

[Sarawak] Curi motosikal di HUS, lelaki dipenjara setahun

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:37 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini, akibat mencuri sebuah motosikal di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, November tahun lalu.

Mohamad Zaidel Sidi, 40, mengaku bersalah sebaik dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun, dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas didakwa mencuri sebuah motosikal milik pengadu lelaki berusia 43 tahun pada 1 November 2023, antara jam 8 pagi dan 1 petang di tempat letak motosikal di HUS di sini.

Fakta kes mendedahkan pengadu menyedari motosikal miliknya yang diletakkan di tempat letak motosikal berbumbung di HUS telah hilang.

Laporan polis dibuat dan siasatan menjurus ke arah tertuduh, sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh bersama motosikal terbabit.

Siasatan lanjut mendapati pengadu mengenali motosikal dirampas daripada tertuduh, selain mengesahkan bahawa ia merupakan kenderaan miliknya yang dilaporkan hilang.

Selain itu, siasatan juga mendapati motosikal tersebut telah diubah warna catnya, bagaimanapun pemeriksaan lanjut polis mendapati nombor casis dan enjinnya adalah sama dengan motosikal milik pengadu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.337978 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list