CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 0

Bapa Taylor Swift disiasat polis kerana didakwa serang paparazi

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Bapa Taylor (tengah) disiasat polis atas dakwaan menyerang paparazi.

BAPA kepada penyanyi Taylor Swift iaitu Scott Swift dilaporkan sedang disiasat polis kerana didakwa menyerang seorang paparazi di Sydney, Australia.

Memetik laporan TMZ, Scott didakwa bertindak agresif terhadap seorang jurugambar yang dikenali sebagai Ben McDonald, 51.

Ben memfailkan aduan kepada pihak berkuasa di New South Wales menyatakan terdapat dakwaan serangan seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai bapa kepada penyanyi berkenaan.



Taylor sering mendapat perhatian pihak media dan peminat.

Insiden berlaku di Sydney's North Shore di Neutral Bay Wharf sekitar pukul 2 pagi Selasa apabila Taylor dan pasukannya didakwa diancam oleh paparazi.

Dalam pada itu, wakil daripada pihak Taylor memberitahu mereka diserang secara agresif oleh dua individu dan diugut untuk mencampakkan salah seorang pekerja wanita ke dalam air.

Bagaimanapun, Ben yang juga merupakan Ketua Eksekutif Matrix Media Group memberitahu dakwaan mengancam pekerja wanita mereka adalah palsu.



"Wanita mana yang mereka (wakil Taylor) maksudkan? Satu-satunya wanita yang ada pada waktu itu ialah Taylor.

"Selama 23 tahun saya mengambil gambar, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu. Dia turun dari bot, dia berjalan ke arah pengawal keselamatan dan menghayun sekaki payung ke arah muka kami," katanya.

Malah Ben turut menceritakan dia ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada penyanyi lagu Blank Space itu.

"Dia (Scott) menumbuk saya. Pada mulanya saya tidak tahu siapa dia tetapi saya melihat dalam foto dia berpegangan tangan dengan Taylor dan rupa-rupanya dia adalah bapa penyanyi itu," ujarnya.

Pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang dilakukan atau tidak.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... kwa-serang-paparazi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058943 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list