CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

[Sabah] Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ailsa sempena kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang baharu Ailsa Terry mengadakan membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam.

Ailsa yang menggantikan Charles Hay pada Ogos tahun lepas, pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) dari 2022 hingga 2023.

Dalam pertemuan itu, antara isu yang dibincangkan ialah mengukuhkan lagi hubungan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan daripada syarikat British di Sabah, membawa universiti British untuk membuka cawangan di Sabah, program ijazah berkembar dengan Kolej Universiti Yayasan Sabah, keselamatan dan pelancongan.

Beliau yang turut fasih berbahasa Melayu diiringi oleh Setiausaha Kedua (Politik) Suruhanjaya Tinggi British Robert Pepper dan and Konsul Kehormat British di Sabah David Powell.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057464 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list