CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sedia sepenuhnya ambil alih Pelabuhan Bintulu pada Jun ini

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad Abu Bakar (duduk, lima kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Ruslan Abdul Ghani (duduk, empat kiri) merakamkan gambar berkumpulan bersama pengamal media pada majlis tersebut. – Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu yang dijangka akan diserahkan oleh kerajaan Persekutuan pada Jun ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagaimanapun berkata, terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyempurnakan proses pengambilalihan tersebut.

“Terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum dibawa ke Parlimen,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di sebuah hotel di sini pada malam Selasa.

Mohamad Abu Bakar yang merupakan Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai maklumat terperinci berhubung perkembangan penyerahan pelabuhan itu kepada kerajaan Sarawak.

”Pemier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membuat pengumuman (mengenai perkara tersebut).

”Sarawak sudah bersedia (untuk pengambilalihan tersebut) dan yang diambil alih oleh kerajaan negeri adalah Lembaga Pelabuhan Bintulu, sementara Bintulu Port Holdings Berhad merupakan operator. Sasaran kita (untuk pengambilalihan) adalah pada Jun ini,” ujar beliau.

Menurut laporan terdahulu, kerajaan persekutuan bersetuju menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak, berkuat kuasa Jun ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri pada 8 Januari 2024 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.  

Sementara itu, Abang Johari ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 bersama Parti Demokratik Progresif (PDP) di Bintulu baru-baru ini menyatakan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu memacu industri perkapalan di negeri ini sekali gus merancakkan perkembangan ekonomi setempat.

"Ini merupakan satu pencapaian penting bagi Kerajaan Sarawak kerana berjaya mendapatkan semula hak negeri ini dan pelabuhan diselenggarakan sepenuhnya oleh kita membantu merancakkan ekonomi di negeri ini dalam sektor pelabuhan dan perkapalan," katanya.

Tambah beliau, kejayaan Sarawak yang mendapatkan semula pelabuhan itu secara tidak langsung membolehkannya diurus tadbir sebagai pelabuhan hak milik mutlak negeri Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.145835 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list