CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2197|Reply: 0

[Sarawak] 10 peserta hadiri kursus membuat 'sugu tinggi' di Marudi

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode


Roselind (berdiri dua kiri) bersama tenaga pengajar yang lain dan peserta pada akhir kursus membuat 'sugu tinggi'.
SIBU: Kelab Olahraga Puyot Marudi bersama Mitz Agency telah menganjurkan kursus membuat perhiasan kepala tradisi kaum wanita Iban, 'sugu tinggi', yang disertai 10 peserta pada 24 dan 25 Februari lepas, di Perpustakaan Puyot, Marudi.

Kursus dua hari itu telah disertai oleh golongan wanita setempat yang terdiri daripada tuai rumah serta ahli jawatankuasa Kelab Olahraga Puyot Marudi.

Kursus itu dikendalikan oleh pengasas Mitz Agency Roselind Ngali serta dibantu oleh empat tenaga pengajar iaitu Alvina Enap, Patricia Ngali, Natalie Dayut dan Genevie.

Menurut Roselind, kursus sama juga akan dibuat di Tatau dari 14 hingga 16 Mac ini, dimana majlis penutup pada 16 Mac dijangka dilakukan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Selepas itu katanya, kursus sama akan dibuat di Graji Atas, Betong pada 6 April 2024.

"Kursus membuat 'sugu tinggi' sebelum ini telah dibuat di Balai Ringin dan juga Kanowit," jelasnya yang telah mengajar membuat perhiasan kaum Iban itu sejak 2017.

Roselind juga berharap, dengan kursus seumpama itu akan melahirkan lebih ramai yang mahir membuat 'sugu tinggi' agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Sesiapa yang berminat menyertai kursus membuat 'sugu tinggi' boleh menghubungi Roselind di talian 012-8719761.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061436 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list