CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2308|Reply: 0

[Sarawak] Kemeriahan Takbir Raya Bersama CENTEXS Commercial dan Media Tempatan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:05 PM | Show all posts |Read mode


BERCAKAP… Shahren ketika ditemui pemberita.

KUCHING: Laungan takbir Hari Raya Aidilfitri CENTEXS Commercial dengan kerjasama tiga agensi media tempatan akan berkumandang bermula 1 Syawal nanti.

Pengurus Besarnya Shahren Yusri berkata, ia merupakan pertama kali mereka manganjurkan rakaman takbir bersama rakan media termasuk Suara Sarawak, New Sarawak Tribune dan Cats FM.

“Alhamdulillah, sesi rakaman yang kita jalankan hari ini (27 Feb) berjalan lancar. Insya-Allah kita akan dapat mendengarkan takbir raya ini pada Hari Raya pertama dan dimainkan secara berulang-ulang.

“Jadi, jangan lupa dengarkan siaran radio Cats FM dan ikuti media sosial Facebook CENTEXS Comercial, Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Rakaman Takbir Hari Raya Aidilfitri 1445h/2024M yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi di Juma’ani Pavilion, di sini, malam tadi.

Tambahnya, program tersebut bukan hanya untuk mendengar takbir raya tetapi juga  mengeratkan lagi ukhuwah antara saudara sesama Islam termasuk dalam kalangan rakan media serta warga kerja CENTEXS Commercial.

Sementara, turut diadakan sebelum rakaman takbir adalah solat fardhu Maghrib serta Isyak berjemaah, tazkirah bertajuk amanah dan tanggungjawab sebagai pekerja di bulan Ramadan oleh Mustapha serta bacaan Yasin beramai-ramai.

Rakaman takbir itu juga telah dimulakan sekitar jam 8.30 malam dan disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune Datuk Dr. Jeniri Amir; serta kakitangan Cats FM dan CENTEXS Commercial.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066198 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list