CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10804|Reply: 0

MG ZS EV boleh ditempah di M’sia

[Copy link]
Post time 29-2-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Dua tahun lepas, kenderaan elektrik jenama MG dibawa masuk ke Malaysia oleh sebuah syarikat grey importer terkenal. Walau bagaimana pun, kini jenama yang sama telah pun dibawa masuk secara rasminya ke pasaran tempatan oleh SAIC Motor Malaysia, iaitu bagi model MG4 EV serba baharu dan juga SUV segmen-B MG ZS EV.

Selain model MG4 EV, MG ZS EV 2024 juga telah dipertontonkan kepada pihak media pada 23 Februari lalu, dan hari ini secara rasminya ia telah pun dibuka tempahan. Untuk MG ZS EV, hanya satu varian sahaja yang dibawa masuk dan ia ditawarkan dengan harga jangkaan RM129,000 tanpa insurans. Tempahannya juga telah mula dibuka.

MG ZS EV 2024 ini masih mengekalkan sistem mekanikal yang sama, sebagaimana model facelift terdahulu. Ia menawarkan kuasa hingga 176 PS (130 kW) dan tork 280 Nm. Motor elektriknya dijanakan oleh bateri lilthium-ion 51.1 kWh, yang membolehnya dipacu hingga 320 km dengan pengecasan tunggal, mengikut kitaran WLTP. Daripada aspek prestasi, kereta seberat 1,610 kg ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat dan mencecah kelajuan maksimum 174 km/j.

    

Bagi aspek pengecasan, ia mengambil masa lapan jam apabila menggunakan pengecas AC berkapasiti 7 kW, dan hanya sekitar 54 minit untuk mencapai tahap 10% hingga 80% sekiranya menggunakan pengecas pantas DC 50 kW.

SUV elektrik ini berukuran 4,323 mm panjang, 1,809 mm lebar, 1,649 mm tinggi dan jarak rodanya cecah 2,585 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 448 liter dan meningkat hingga 1,187 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Bagi imej luarannya, juga sama seperti model terdahulu, MG ZS EV masih tiada gril hadapan dan tempat pengecasannya masih berada di bahagian kanan hadapan dan mempunyai penutup yang terbuka ke tepi. Ia juga diberikan lampu utama ‘Silverstone’ Projector LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu isyarat sisi LED dan roda aloi lima-jejari 17-inci dengan kemasan perak. Selain itu, ia menampilkan rel bumbung rona perak, bumbung suria panoramik yang dikatakan terbesar dalam kelasnya (berukuran 1,365 mm panjang dan 870 mm lebar) serta lampu belakang ‘Phantom’ LED yang direka semula.

Ciri kelengkapan bagi bahagian kabinnya pula termasuklah paparan skrin sesentuh baharu bersaiz 10.25-inci berbanding unit 10.1-inci pada model sebelum ini dan ia juga disepadukan dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan pelbagai-informasi tujuh-inci, rotary gear selector, pengecas tanpa wayar dan pendingin hawa automatik bersama corong untuk penumpang belakang.

  

Selain itu, ia turut menampilkan panel sentuhan lembut dengan jahitan merah untuk papan pemukanya, roda stereng balutan kulit dengan jahitan merah, perehat tangan di tengah untuk tempat duduk belakang, tempat duduk hadapan larasan kuasa 6-cara, USB untuk perakam digital, dua USB port dengan satu unit untuk Type-C.

Untuk sistem keselamatan, ZS EV dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu MG Pilot, yang merangkumi Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), AEB (dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal), Kawalan kelajuan Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Amaran ketibaan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Menukar Lorong (LCA), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan Bantuan Lampu Tinggi Pintar.

Selain itu, ia juga diberikan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem pemantauan tekanan tayar serta pengingatan tali pinggang keledar hadapan dan belakang.

Untuk warna luarannya, ZS EV menerima empat pilihan iaitu Monument Silver, Black Pearl, Artic White dan Dynamic Red. Sama seperti MG4, MG ZS EV juga menerima pakej waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km dan waranti lapan-tahun/180,000 km untuk bateri.

https://paultan.org/2024/02/28/m ... jangka-dari-rm129k/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.527504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list