View: 17740|Reply: 38
|
[Jenayah]
Mengelakkan Kecederaan Serius, Dilarang Menggunakan Style Roti Canai!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Setiap pemandu perlu memastikan kedudukan tangan yang betul semasa memegang stereng. Ini kerana ia dapat memudahkan pemandu mengawal kenderaan.
Baru-baru ini seorang pelatih daripada Akademi Bomba berkongsi satu ilmu penting yang mana ada pemandu sering terlupa semasa membawa kereta.
Menurut pelatih itu, setiap pemandu perlu memastikan kedua-dua tangan sentiasa berada pukul ‘3’ (tangan kanan) dan ‘9’ (tangan kiri) atau ‘2’ (tangan kanan) dan ’10’ (tangan kiri) pada stereng.
Pada masa sama beliau menegaskan pemandu tidak boleh menggunakan style ‘roti canai’ semasa memulas stereng kereta.
“Sebab apa kita tak boleh pegang stereng ‘roti canai’? Sebab ada airbag. Andaikata airbag diaktifkan, boleh ‘melekat’ jam tangan kita pakai pada dahi.
“Ada juga pemandu yang membawa kereta dengan meletakkan jari di atas bahagian tengah stereng. Apabila airbag terbuka, habis semua jarinya patah,” kata pelatih akademi bomba itu.
Tambah beliau lagi, sekiranya tangan pada stereng berada di posisi yang betul, ia dapat mengelak kecederaan serius apabila airbag terbuka ketika kemalangan tidak diingini berlaku.
Perkongsian semula video itu telah mendapat sokongan netizen. Ramai mengakui cara pegang stereng yang betul amatlah penting ketika memandu.
Menurut warganet juga, pemandu/bekas pemandu profesional turut menegaskan cara pegang stereng 3-9 itu membuatkan pemandu dapat mengawal kenderaan dengan lebih cekap.
Jika sebelum ini anda memandu style ‘roti canai’, bolehlah anda menukar cara memegang stereng mulai hari ini, demi keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kereta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I dah gi defensive driving training masa kerja dulu.
So i mmg xguna sebelah tgn utk putar steering
Plus steering keter iols berat. Walaupun ada power steering. Tergeliat tgn nk pulas sebelah tgn.
Steering keter skang guna electric bapak arr ringan, mmg syok putar sebelah tgn. |
|
|
|
|
|
|
|
keta aku keta lama xde airbag heheehehe tapi xde power streng kena la guna 2 tangan |
|
|
|
|
|
|
|
mohon female driver terutamanya cakna ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Benang yg bagus tapi pic pasal roti canai..aku igt cara membuat roti canai yg betul, so malas la nak buka sbb aku bkn peniaga roti canai...gampunk tol |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 1-3-2024 09:05 AM
I dah gi defensive driving training masa kerja dulu.
So i mmg xguna sebelah tgn utk putar steering
...
Defensive driving training ni kursus apa? Sama macam kelas memandu tu ke? Ke lain? |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 1-3-2024 10:34 AM
Defensive driving training ni kursus apa? Sama macam kelas memandu tu ke? Ke lain?
Lain.. dia mcm kursus kecekapan pemanduan, kena drive bentuk 8, kena lalu kon byk2 tu jgn langgar kon,
Lg xigt apa, masa training tu dia bg i kereta right hand drive |
|
|
|
|
|
|
|
Ala..
Kalau time jem.iols.slalu letak tangan kat pukul 6...lenguh lah nak.letak tangan 3 n 9
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
oh nama dia stail roti canai pusing mcm stereng forklift ni |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 1-3-2024 11:11 AM
Lain.. dia mcm kursus kecekapan pemanduan, kena drive bentuk 8, kena lalu kon byk2 tu jgn langgar ...
Ooo, kita buleh ambik kursus tu kat sekolah memandu jugak ke? Mahal tak fees dia?! |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Hiasan yang lebih relevan
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 1-3-2024 11:56 AM
Ooo, kita buleh ambik kursus tu kat sekolah memandu jugak ke? Mahal tak fees dia?!
Iols amik kt tempat kerja. Kt luar xtau kat mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu.... hat yg pangku anak duk depan sebelah pemandu jangan dilupakan.
Ada jugak, bior anak berdiri kepala depan dashboard sebelah pemandu.
Terbabas sket, nasib tak baik sensor plak trigger deploy airbag time tu kepala anak tah kemana.
Jangan kata keta murah, hat keta mahei² pun ada jer otak mak bapak sebesar nut saiz 12. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang anak duduk tengah2 between driver's seat and front passenger
itu pn bongok
bila break
anak patah gigi kena dashboard
ada juga yang bila break p letak tangan as penghadang
tak bagi anak jatuh
semoga patah tangannya
|
|
|
|
|
|
|
|
bertahun2 drive kereta manual atau auto, baru la ni dengar pulas stereng macam roti canai. tak boleh nak imajin la macamana related nya tebar roti canai dengan pulas stereng |
|
|
|
|
|
|
|
me pernah nampak dekat hiway pompuan ni drive sambil anak di pangku dan dia drive di lane paling kanan sekali yea. padahal ada kakak/adik/makcik/nenek kat sebelah dia. me is bebel dan carutan sendirian didalam kereta je mampu sbb my lane is faster.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila kita marah dia, dia marah kita balik dengan alasan...ehhh anak aku, suka hati aku laaaaa...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|