CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11602|Reply: 1

[Terengganu] Bawang India makin mahal, peniaga, pengguna pilih bawang import negara lain

[Copy link]
Post time 1-3-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Bawang India makin mahal, peniaga, pengguna pilih bawang import negara lain


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Mac 1, 2024 @ 11:50am  zatuliffah@bh.com.my




Peniaga sedang menyusun bekalan bawang di Pasar Borong Gong Pauh. - Foto Zatul Iffah Zolkiply




KUALA TERENGGANU: Harga bawang India terus meningkat sejak lebih sebulan lalu sekali gus pengguna dan peniaga memilih bawang dari Myanmar, Siam dan Pakistan.

Tinjauan di Pasar Borong Gong Pauh di sini mendapati harga bawang besar India yang sebelum ini dijual dengan harga RM5 satu kilogram (kg) kini meningkat kepada RM8 manakala harga bawang merah dijual dengan harga RM10 berbanding RM5 sekilogram.

Peningkatan itu menyebabkan ada antara peniaga memilih untuk menjual bawang dari Myanmar, Siam dan Pakistan.

Peniaga, Hamdan Mat Chik, 50, berkata, kenaikan harga bawang import dari India pada minggu ini antara yang tertinggi pernah direkodkan sepanjang 20 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan pada Ramadan ini berikutan permintaan yang tinggi sepanjang bulan puasa.

"Harga bawang memang tinggi minggu ini dan boleh dikatakan berlaku kenaikan setiap minggu.

"Sebagai contoh, kita beli harga borong RM40 bagi enam kilogram minggu ini sedangkan minggu lalu, ia dijual dengan harga RM35 (enam kilogram)," katanya.

Bagi Rohaya Yusof, 38, berkata, dia terpaksa menghentikan pengambilan sejak dua bulan lalu dan memilih untuk menjual bawang dari Myanmar, Siam dan Pakistan.

Katanya, harga bawang dari negara berkenaan lebih murah sekali gus dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

"Harga bawang India lebih mahal tetapi sebenarnya bawang dari negara lain juga berkualiti.

"Kalau daripada segi harga pula, harga bawang India adalah RM8 sekilogram manakala harga bawang Myanmar pula dijual dengan harga RM6 sekilogram sekali gus menyebabkan pengguna beralih ke bawang dari negara lain," katanya.

Bagi Mohd Hafizi Sauti, 35, peningkatan harga itu sememangnya memberi tekanan kepada rakyat terutama mereka yang kurang berkemampuan.

"Memang terbeban contohnya kalau sebelum ini kita beli dalam RM5 sekilogram, sekarang naik kepada RM10 tetapi kita tidak ada pilihan dan kena beli juga.

"Cuma mungkin kita boleh kurangkan kuantiti, kalau sebelum ini mungkin beli satu kilogram tetapi dengan kenaikan ini, kena kurangkan kerana kita kena beli barang keperluan yang lain juga," katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan turut mendapatkan bekalan bawang dari China, Thailand dan Pakistan meskipun India melarang eksport bekalan itu sehingga Mac.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
India pun kekurangan bawang, nak supply rakyat sendiri pun tak kecukupan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list