CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11735|Reply: 15

[Tempatan] Isu bak kut teh: Menteri bidas Ketua Pemuda Umno

[Copy link]
Post time 1-3-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Isu bak kut teh: Menteri bidas Muhamad Akmal
khairil.ashraf@hmetro.com.my



MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. FOTO Hairul Anuar Rahim.

Kuala Lumpur: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing membidas Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dengan mengingatkannya agar tidak menjadi pembangkang atau kumpulan ekstremis.

Beliau juga menyarankan agar Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu merujuk kepada kamus sekiranya tidak pasti mengenai definisinya, susulan isu bak kut teh yang dibangkitkan.

"Berkaitan sup bak kut teh, 'bak' merujuk kepada daging. Saya telah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal. Jenis daging yang digunakan boleh tukar.

"Boleh tambahkan ayam, maka ia akan menjadi 'chi kut teh'. Jika anda tambahkan makanan laut, ia menjadi 'seafood kut teh'. Jika anda tambah kambing, ia menjadi 'kambing kut teh'.


"Sebaliknya, (Dr Muhamad) Akmal banyak kali menyebut 'babi bak kut teh'. Sedangkan, 'bak' membawa maksud daging secara umum, bukannya babi sahaja. Saya sarankan Dr Muhamad Akmal merujuk kamus jika tidak pasti definisinya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desakan Dr Muhamad Akmal agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memecatnya berikutan beberapa isu baru-baru ini.

Dr Muhamad Akmal dipetik berkata, isu itu termasuk bak kut teh yang dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara dan penurunan pangkat Ketua Pengarah Tourism Datuk Dr Ammar Abd Ghapar kepada Timbalan Ketua Pengarah.

Mengulas lanjut, Tiong berkata, Dr Muhamad Akmal sebagai seorang pemimpin generasi muda seharusnya menilai dan menganalisis fakta sebelum bercakap kepada khalayak ramai.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling menghormati antara satu sama lain serta lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan, mengambil kira impaknya terhadap perpaduan dan ketenteraman negara.

"Tetapi isu seperti ini telah berulang kali dimainkan, yang dilihat seolah-olah hanya kerana memenuhi kepentingan politik peribadi," katanya.

Tiong berkata, beliau sebagai rakyat Malaysia masih waras dan tidak mungkin memaksa orang ramai melanggar peraturan atau amalan agama sesiapa menerusi pengiktirafan makanan warisan.

"Di Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) juga terdapat ramai pemimpin dan kakitangan beragama Islam, sudah tentu saya amat memahami serta menghormati semua pihak.

"Sebelum YB (Dr Muhamad Akmal) mengetengahkan isu ini, apakah anda berfikir untuk menghormati orang lain? Kita semua harus saling menghormati dan mempromosikan warisan negara kita.

"Jika bukan kita sendiri, siapa lagi yang akan mengiktiraf warisan kita? Bukankah kepelbagaian dan kemajmukan merupakan keunikan Malaysia?," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya declare 'kut teh' so org x boleh pertikai. Dah kau sebut 'bak' saja mmg ler org bising sbb 'babi'
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Babinyaaaa. Barang dh le makin mahal, engkorang politician berdebat pasal bende xde faedah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis bengap baca tajuk..itupun baca tajuk still bangang mmgla sawan psl bak kut teh.padahal ada je makanan lain yg dipilih.saja je mmg suka memekak memperbesarkan benda2 yg x penting
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:12 PM | Show all posts
bak kut teh bukan makanan malaysia...memang makanan mainland china
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sama lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdana Menteri Malaysia pon tak bising...awat korang nak bising???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 1-3-2024 03:54 PM
Muka sama lah

Kan? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 1-3-2024 03:54 PM
Muka sama lah

sama cam???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-3-2024 06:50 PM

Ketua Pemuda UMNO paling bodoh dalam sejarah! buang je title doctor tu.
Nak mempertahankan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu kononnya. Pui!
Siapa yang sering kali hina Raja-Raja Melayu sebenarnya?
Sampai Sultan-sultan berkali-kali murka.. Ada Ketua Pemuda ni tampil mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu?
Nak jadi hero terpaling melayu,
Raja raja melayu pun tak pernah kau defend.
Berani dgn Sup babi and DAP jer.. kalo betul-betul jantan sejati, pergi sound orang2 PAS.
Sup babi tak kacau ko pun.
Terima je kenyataan. Mmg fakta ramai pelancong2 china, hongkong, taiwan, singapore, thailand datang ke Malaysia smata nak cari Bakkutteh.

mcm ddok dlm gua hidup dgn puak dia je xpnh expose dunia luar.
Memalukan.

Btw.. jln2 kt WangsaWalk jumpa restoren ni..resto halal penuh ngn ummah melayu je dlm tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sup babi ni makanan harian walanon je. Tp di iktiraf sbgai makanan kebangsaan. Aku tak makan sup babi la wahai muntri mabok buncit
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Just so you people know, BN di sarawak pada suatu masa dahulu adalah UMNO versi sarawak - atas nama je nak ambik hati org sarawak to not let UMNO into sarawak. Lepas BN failed, BN sarawak REBRAND jadik GPS. Tiong ni under GPS, sooo…. Wondering what kind of drama they playing…..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah MELAYU mudah lupa KING KONG dgn KLIA nya,BAK KUT TEH nya...pada edisi PRU 16 nanti...apabila dedak ditabur...mari kita tengok nantinya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 rupa bak kut teh la menteri pelancongan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_white at 2-3-2024 04:36 AM
Skuau replied at 1-3-2024 11:30 AM
Adakah MELAYU mudah lupa KING KONG dgn KLIA nya,BAK KUT TEH nya...pada edisi PRU 16 nanti...apabila  ...


Melayu yg patriotik tak lupa lah
Pru 16 andai kata melayu jd kerajaan
kembali kn semula pencen
Dia ni suruh balik sarawak
Jual bak kut teh
Masa Melayu jd menteri pelancungan xde pun terjah klia ka turun kn pangkat DG ka
Lain kali bg melayu je jd menteri pelancungan






Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bak kut teh ni makanan tradisi negara mana sebenarnya.. menteri ka sapa2 ka cite la betul2

simple google search banyak kuar result berperkataan pork je.. sinonim betul dgn pork

dua org yg sama2 dlm blok kerajaan pulak tu yg bergaduh ni

anwar dikatakan sbg seorg penghujah yg amat hebat oleh para walanon.. isu ni jadi kecoh yakmat, anwar ni tak reti tenteramkan kekecohan isu ni dgn hujah2nya yg dikatakan hebat tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082837 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list