CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7343|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang erat ukhuwah antara ahli

[Copy link]
Post time 1-3-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang erat ukhuwah antara ahli

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Mac 2024 03:15pm








Seramai 330 ahli Rumah Ngaji Pulau Pinang menyertai program Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang yang diadakan di sebuah hotel di Kepala Batas.




KEPALA BATAS - Seramai 330 ahli Rumah Ngaji Pulau Pinang menyertai Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, ahli yang hadir terdiri daripada 82 Rumah Ngaji di seluruh Pulau Pinang.



Menurutnya, pelbagai aktiviti yang diadakan dalam program berkenaan antaranya khatam al-Quran, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tabung Ramadan, cabutan bertuah dan sambutan hari lahir ahli yang hadir.


Zaiton




"Ini adalah kali pertama kenduri untuk ahli Rumah Ngaji diadakan di hotel yang mana, sebelum ini, kita hanya mengadakannya di restoran, masjid dan surau.


"Tujuan kenduri ini diadakan adalah untuk berkumpul bersama ahli, suai kenal antara mereka dan mengeratkan ukhuwah di samping mengadakan aktiviti bersama-sama.
"Ini kerana, walaupun mereka ini ahli Rumah Ngaji, tetapi kebanyakan mereka tidak kenal antara satu sama lain terutamanya dari daerah yang berbeza," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Zaiton berkata, program seperti itu akan terus diadakan dari semasa ke semasa agar ahli dapat mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.


"Kita sedang merancang pelbagai aktiviti lain untuk manfaat kesemua ahli. Aktiviti yang dirancang bersifat kebersamaan agar semua ahli boleh berinteraksi sesama mereka.


Antara aktiviti dalam Kenduri Rumah Ngaji Pulau Pinang adalah majlis khatam al-Quran.




"Syukur program kali ini mendapat sambutan memberangsangkan yang dihadiri dari kesemua daerah di negeri ini. Mereka berusia lingkungan 30 hingga 70 tahun.

"Insya-ALLAH Rumah Ngaji Pulau Pinang akan sentiasa menganjurkan aktiviti seperti ini untuk ahli-ahli," katanya.




Beliau berkata, setakat ini, Pulau Pinang mempunyai 82 Rumah Ngaji di seluruh negeri kecuali di daerah Timur Laut.

"Daerah Seberang Perai Utara paling banyak iaitu 74 buah Rumah Ngaji, Seberang Perai Tengah (7), Seberang Perai Selatan (1) dan Barat Daya (3).

"Kita tiada sasaran untuk menambah jumlah Rumah Ngaji di Pulau Pinang namun setiap bulan, ada pertambahan sekurang-kurangnya satu. Itu sudah dikira satu perkembangan positif," katanya.

Tambahnya, beberapa aktiviti menarik sedang dirancang untuk sepanjang bulan Ramadan ini.

"Aktiviti sebelum ini masih diteruskan antaranya tadarus dan tadabur namun akan ada aktiviti lain yang akan turut dijalankan sepanjang Ramadan ini.

"Ia akan dibuat secara berterusan sepanjang bulan puasa ini," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.387095 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list