CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6993|Reply: 3

BTS Army mahu CEO anak syarikat dipecat kerana sokong Israel

[Copy link]
Post time 2-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
BTS Army mahu CEO anak syarikat dipecat kerana sokong Israel

https://www.malaysiakini.com/hiburan/697959

Diterbitkan:  Mar 2, 2024 12:13 PM⋅
Dikemaskini: 12:14 PM



Peminat kumpulan pop Korea paling berpengaruh di dunia, BTS, menuntut firma pengurusan kumpulan itu untuk memecat ketua anak syarikatnya di Amerika Utara.

Menurut Middle East Eye, peminat BTS - yang dikenali dengan nama julukan 'BTS Army' - mendakwa ketua pegawai eksekutif (CEO) Hybe-America Scooter Braun menyatakan sokongan kepada Israel dalam perang ke atas Gaza.

Laporan itu menyatakan bahawa ia adalah "sebahagian daripada gerakan yang lebih luas di kalangan peminat K-pop untuk menarik perhatian kepada nasib rakyat Palestin di Gaza."

Ia juga menyatakan bahawa Korea Times melaporkan bahawa pada 23 Feb, peminat menghantar trak ke ibu pejabat Hybe di tengah Seoul, menyeru firma itu untuk "melupuskan Zionisme dan Zionis dalam industri".



“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, Army akan terus mendesak anda untuk memenuhi tuntutan kami. Jangan berpaling tatkala perkara yang sama berlaku kepada nenek moyang Korea kamu juga berlaku kepada rakyat Palestin,” kata mesej yang tertera pada trak itu.

"Kami meminta anda berdiri untuk kemanusiaan, untuk pihak yang benar dalam sejarah dan menentang keganasan," tambahnya.


Scooter Braun

Selain itu, peminat juga telah memulakan kempen menulis surat yang ditujukan kepada Hybe selepas menuduh Braun membuat komen di media sosial menyokong tindakan Israel atau cuba "mengaburkan realiti rakyat Palestin yang hidup di bawah penjajahan".

BTS mempunyai lebih 352 juta pengikut di seluruh dunia. Kumpulan itu juga mempunyai pangkalan peminat yang besar di Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 04:33 PM | Show all posts
Dah tua semua sok keluar military. Elok disband jah. Lagu omputih semua hauk ke gaung
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 05:27 PM | Show all posts
Aku tau BTS = Bandar Tasik Selatan ja. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:20 PM | Show all posts
so, berjaya ke oust kan si scooter ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065967 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list