CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6494|Reply: 0

BMW iX xDrive50 Sport 2024 di M’sia

[Copy link]
Post time 2-3-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode


BMW iX xDrive50 Sport 2024 yang diumumkan dua minggu lalu kini sedang dipamerkan di acara BMW Premium Selection Showcase 2024 di Stadium Bukit Jalil. Dengan varian peringkat kemasukan xDrive40 bagi model berkenaan kini tidak lagi ditawarkan, varian ini diberi kemaskini spesifikasi agar lebih mampu milik.

Model xDrive50 Sport kini RM62,630 lebih murah, dengan harga jualanny bermula RM465,800 atas jalan tidak termasuk insurans. Ini bersekali dengan jaminan dua-tahun standard, tanpa had perbatuan. Untuk menjadikannya jaminan lima-tahun dengan pakej servis selama enam-tahun, harganya akan menjadi RM499,000. Berbanding dengan xDrive40 Sport yang telah digugurkan dari pasaran, varian ini kini masih RM36,370 lebih mahal.

Untuk menurunkan harganya, BMW Malaysia telah menggugurkan beberapa kelengkapan, sebagai contoh lampu utama Laserlight (diganti dengan LED biasa), bumbung kaca panoramik Sky Lounge, suis kawasan kristal Clear & Bold dan kemasan kayu di konsol tengah, kawalan gerakan dan kemasan luaran Titanium Bronze M (kini hanya dengan kemasan Shadowline berkilat biasa).



Namun, ada juga diberikan beberapa penigkatan. Ini termasuk pengecas dalaman AC 22 kW tiga-fasa, yang memendekkan tempoh pengecasan hingga separuh jika menggunakan wallbox yang serasi, menjadikannya lima jam 30 minit. Sama seperti model iX lain, xDrive50 ini masih menyokong pengecasan pantas DC hingga 195 kW, yang hanya memerlukan 35 minit untuk mengecas bateri 111.5 kWj yang digunakan dari 0-80%.

Selebihnya, xDrive50 kini datang dengan ciri Digital Key Plus, membolehkan penggunaan ultra-wideband (UWB) telefon yang serasi (iPhone dan beberapa peranti Samsung dan Google) untuk membuka kunci dan menghidupkan kereta. Kini juga ada suspensi udara dan Parking Assist Professional yang sebelum ini hanya ada untuk varian paling tinggi M60.

Spesifikasi selebihnya pula kekal sama seperti penawaran sebelum ini. xDrive50 dilengkapi dengan dua motor elektrik yang menghasilkan 523 PS (385 kW) dan 765 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat. Jarak perjalanan yang disediakan ialah 630 km (kitaran WLTP).



Kelengkapan standard termasuk rim 22-inci Style 1021, sistem tanpa kunci, rekaan dalaman Atelier dengan kemasan Gold Bronze, papan pemuka balutan kulit buatan Sensatec, sistem pendingin empat-zon, pengecas tanpa wayar Qi dan pintu ruang barangan belakang bebas kendalian tangan.

Di dalam, turut tersedia ialah BMW Live Cockpit Professional, dengan paparan digital 12.3-inci untuk kluster meter dan skrin sentih 14.9-inci. Ia menggunakan perisian BMW Operating System 8.5 serta sistem bunyi Harman Kardon 655-watt.

    

xDrive50 2024 juga datang dengan Driving Assistant Professional, yang terdiri daripada ciri AEB, kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, bantuan ke tengah lorong, pengesan papan tanda trafik, peninjau titik buta, lampu tinggi adaptif dan penggera lintasan trafik depan dan belakang.

Pilihan warna yang tersedia ialah Mineral White, Phytonic Blue, Sophisto Grey, Black Sapphire dan Blue Ridge Mountain, yang digandingkan dengan balutan dalaman kulit hitam atai Mocha Sensatec. Warna BMW Individual Aventurine Red atau Storm Bay boleh didapati dengan tambahan RM6,200, serta balutan kulit dalaman Interior Design Suite Amido (hitam) atau Castanea (merah) dengan tambahan RM17,300.

https://paultan.org/2024/03/01/b ... -pengecas-ac-22-kw/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list