CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6877|Reply: 0

[Kelantan] Koperasi masjid tanam nanas MD2 untuk bantu kariah

[Copy link]
Post time 2-3-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Zamani (tengah) memeriksa buah Nanas MD2 yang telah masak selepas diusahakan di atas tanah seluas 4.4 hektar di Kampung Permatang Sungkai di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Pasir Puteh: Masjid Mukim Permatang Sungkai di sini, menjadi masjid pertama di Kelantan yang mengambil inisiatif menanam nanas MD2 secara komersial menerusi koperasi untuk menjana pendapatan kariah dan menampung perbelanjaan masjid.

Pengerusi Koperasi Masjid Mukim Permatang Sungkai yang juga Imam Muda, Azmi Husin berkata, pada permulaan ini pihaknya menanam sebanyak 138,000 pokok nanas.

Katanya, tanaman itu diusahakan di atas tanah seluas 4.4 hektar sejak 17 bulan lalu dan boleh dituai Februari ini.

"Kita jangkakan dapat mengutip hasil sebanyak 280 tan metrik dengan nilai pasaran lebih RM1.6 juta," katanya ketika ditemui di Ladang MD2 di Kampung Permatang Sungkai di sini, hari ini.

Menurutnya, permulaan tanaman itu membabitkan 13 peserta dan ia akan dikembangkan lagi selepas ini.

Katanya, dengan pendapatan itu, ia bukan saja membantu menjana pendapatan peserta, malah ia juga dapat menyumbang pendapatan kepada masjid.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Kelantan dan Wilayah Timur, Mohd Zamani Abdul Ghani berkata, penanaman nanas di Kelantan semakin berkembang apabila kini terdapat 200 peserta di bawah bimbingan pihaknya yang mengusahakan tanaman itu.

Katanya, keluasan tanaman keseluruhan adalah sebanyak 160 hektar yang membabitkan peserta di Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Rantau Panjang.

"Mereka ini diberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan teknologi penanaman nanas, selain diberi bantuan berbentuk sulur nanas atau baja.

"Pengeluaran nanas di Kelantan dijangka dapat dihasilkan lebih 9,600 tan metrik dalam tempoh semusim, namun ia masih tidak dapat menampung keperluan pengguna.

"Justeru, kita menyeru individu yang berminat dan mempunyai tanah supaya menceburi tanaman ini kerana ia mempunyai pasaran yang luas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -untuk-bantu-kariah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062935 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list