CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20688|Reply: 0

[Sarawak] Mayat lelaki dipercayai warga asing dijumpai terdampar di pantai Jebungan di Mukah

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:29 PM | Show all posts |Read mode


Mayat lelaki terdampar di tebung pantai Jebungan di Mukah petang tadi.

MUKAH: Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara asing ditemukan terdampar dalam keadaan telentang oleh orang awam di tepi pantai Jebungan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata,  pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu  sekitar jam 2.05 petang.

“Pihak kami dimaklumkan mayat seorang lelaki tersadai dalam keadaan terlentang di tepi pantai Jebungan, Mukah sebelum pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mukah bergerak ke lokasi kejadian.

"Didapati  mayat lelaki berpakaian warna kelabu, seluar pendek dan menggunakan ‘inner’ di lengan serta sarung tangan.

“Pemeriksaan tubuh badan dan sekitar mayat tidak menjumpai sebarang petunjuk ke atas identiti si mati kerana keadaannya yang tidak sempurna,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau unsur-unsur jenayah.

Muhamad Rizal memberitahu tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi kejadian di lokasi kejadian.

"Mayat 'Mr X' kemudian dibawa menggunakan kenderaan polis dan diletakkan di rumah mayat Hospital Mukah untuk siasatan lanjut.

“Si mati dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lima ke tujuh hari,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Balai Tatau Sarjan Zaidi Selamat yang dihubungi telah mengesahkan bahawa gambar mayat adalah sepadan dengan kes orang hilang berrsabit satu laporan polis bertarikh 25 Februari lalu.

Menurutnya, butiran mayat tersebut ialah lelaki warganegara Indonesia berusia 23 tahun yang bekerja sebagai kru kapal dan dilaporkan hilang di perairan muara Kuala Tatau.

Bagaimanapun katanya, kes ini masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054019 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list