CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21478|Reply: 15

[Tempatan] Yusuf Islam merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia.Anda teruja?

  [Copy link]
Post time 3-3-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Yusuf Islam, pemuzik dari Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens, merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia, tidak lama lagi.



Penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu Bernama bahawa beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

“Peace Train ialah organisasi aktif yang menghantar makanan ke pihak perbandaran, kem pelarian dan kadangkala ke sekolah.

“Di UK (United Kingdom), kami membantu banyak kanak-kanak yang sangat miskin. Ini jenis projek yang kami lakukan, berdasarkan ajaran Nabi Muhammad (saw) untuk memberi makan kepada orang ramai dan menyebarkan keamanan,” katanya.

Ditanya sama ada pertubuhan amal itu akan ditubuhkan pada tahun ini?, beliau menjawab: “Ya, jika kita boleh melepasi kerenah birokrasi.”

Yusuf berkata, beliau telah menyampaikan rancangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau (Anwar) sangat mengalu-alukan. Beliau sedang menunggu stesen (Peace Train) dibuka,” katanya.

Sejak April 2020, Peace Train telah menyediakan hampir empat juta makanan di UK dan di luar negara.

Peace Train ialah lagu ciptaan pada 1971 oleh Cat Stevens yang diambil dari album Teaser and the Firecat.

Lagu itu melonjak naik ke No.7 carta Billboard Hot 100 AS pada minggu 6 Nov 1971, sekali gus ia menjadi lagu terbaik dalam US Top 10 hit.

Penyanyi itu memeluk Islam pada 23 Dis 1977, dengan menukar nama kepada Yusuf Islam pada 1978. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dia bagi sekali la peace train macam dia bagi kat Christchurch.

Best weekend bawak anak anak naik train ni pusing botanikal garden
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia bukan sebuah negara untuk pelarian...esok2 ramai pelarian bertambah dtg ke Malaysia sb ada pertubuhan amal memberi makanan free mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:16 AM | Show all posts
Bagus juga bila ada international ngo yang diuruskan secara professional. Ambil iktibar daripada aman palestin yang diuruskan oleh melayu. Ada ke patut duit derma diguna beli 131kg emas. Skrg sibuk minta derma utk tanggung kes mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih apdol buat kt Bangladesh pacik.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa imej negara ni?

Penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu Bernama bahawa beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

“Peace Train ialah organisasi aktif yang menghantar makanan ke pihak perbandaran, kem pelarian dan kadangkala ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2024 08:05 AM | Show all posts
My peace train


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-3-2024 07:16 AM
Bagus juga bila ada international ngo yang diuruskan secara professional. Ambil iktibar daripada ama ...

Yg anehnya sejak 20 tahun dulu da Tau kewujudan aman palestin ni. Da berpuluh2 tahun wujud br Ari ni kantoi. Ia membawa 1 maksud bertapa lemahnya penguatkuasaan kat msia ni smpi ngo scam pun x bleh trace ataupun sbnrnya Kes ni bermotif politik.

Ha pilih satu antara 2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware
Beware

Oh, baby, baby, it's a wild world
And it's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
And I'll always remember you like a child, girl
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahla... dah banyak dah pertubuhan amal kat malaysia ni... pergilah buat kat arab ke uk ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:05 PM | Show all posts
semua nak cari untung.
dpt jumpa PM ngo lokal nak jumpa kerani pun tak dilayan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:08 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 3-3-2024 11:27 AM
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just rememb ...

oh....saya suka lagu ni...sangat2 puitis bagi saya.  saya selalu nyanyikan untuk anak2 sebelum tinggalkan rumah untuk ke kolej.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:11 PM | Show all posts
ultra78 replied at 3-3-2024 07:16 AM
Bagus juga bila ada international ngo yang diuruskan secara professional. Ambil iktibar daripada ama ...

salah seorang yang gigih mempertahankan aman felestin ni adalah kawan aku yg bergelar dato'. mcm2 gaya dia nak menjustify kan yang beli gold bar hasil duit derma tu tak salah, itu cara investment...katenyeeeeee.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 3-3-2024 02:08 PM
oh....saya suka lagu ni...sangat2 puitis bagi saya.  saya selalu nyanyikan untuk anak2 sebelum tin ...

Kan? Lagu ni macam untuk orang bercinta, tapi kalau dengar betul2 sebenarnya untuk anak perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tidak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pmx setuju kan.
So kira lulus ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.459389 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list