CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5640|Reply: 0

[Terengganu] Air bukit jadi sumber alternatif penduduk Kampung Payang Kayu

[Copy link]
Post time 3-3-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode

Mustaffa meninjau empangan mini yang menyalurkan air bukit kepada penduduk Kampung Payang Kayu. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Walaupun sudah mempunyai kemudahan air bersih namun penduduk Kampung Payang Kayu di sini, lebih gemar menggunakan air bukit sebagai sumber alternatif untuk kegunaan harian mereka.

Mustaffa Taib, 58, berkata, penduduk di kampung itu sudah menggunakan bekalan air bukit sejak 40 tahun lalu sebagai sumber air bersih sebagai kegunaan mereka.

Menurutnya, jarak antara punca air iaitu di kawasan Air Terjun Bukit Tinggi yang terletak kira-kira 2.5 kilometer (km) dari kampung itu dijadikan sebagai punca air utama yang disalurkan kepada penduduk.

Katanya, sistem mini empangan diadaptasi bagi membolehkan air yang ditakung disalur terus kepada rumah penduduk melalui sistem paip.


"Kita (pengurusan kampung) melantik seorang penduduk untuk menjaga mini empangan berkenaan dan setiap masa penjaga akan memantau mini empangan terbabit.

"Penjaga pula diupah dengan kadar RM800 setahun untuk menjaga kawasan punca air berkenaan dan sekiranya air didapati perlahan maka kerja membersihkan akan dilakukan.

"Setiap tahun terdapat tiga hingga empat kali kerja selenggara dijalankan bagi menjamin bekalan air bukit yang bersih dapat dibekalkan terus ke rumah penduduk yang kini sebanyak 98 buah rumah menggunakannya," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (Peruntukan/Hasil) menjaga sistem paip air bukit di kampung itu.

Mustaffa ditemui di Program Menyantuni Masyarkat Desa Bekalan Air Bukit Bersih di Kampung Payang Kayu itu.

Menurutnya, setiap tahun sebanyak RM5,000 hingga RM7,000 wang bantuan yang diperoleh daripada syarikat korporat digunakan untuk kerja menyelenggara sistem paip berkenaan.

Katanya, manfaat air bukit amat besar kerana dia kini digunakan lebih daripada 500 penduduk di dalam kampung ini.

Penduduk kampung terbabit, Mohd Yahya, 62, berkata, kemudahan air bukit yang disalurkan terus ke rumah dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan kerana tiada bil yang perlu dibayar setiap bulan.

"Air bukit amat berguna sekiranya tiba musim kemarau yang mana penggunaan air melalui sistem paip kerajaan akan meningkat hingga mengakibatkan tekanan menjadi rendah dan air yang keluar pula perlahan.

"Justeru, bekalan air bukit di kampung ini masih relevan dan ia juga dilihat sebagai satu tradisi kerana ia masih diguna pakai hingga kini walaupun mempunyai kemudahan air daripada kerajaan," katanya.

Menurutnya, air dari bukit boleh digunakan dalam kuantiti banyak walaupun pada musim kemarau kerana ia ditadah terus daripada kawasan air terjun.

Jirannya, Itie Latif, 59, berkata, bekalan air bukit boleh digunakan lebih banyak terutama pada musim seperti sekarang (musim panas) kerana ia percuma.

"Kalau digunakan untuk mandi ia amat sesuai kerana suhu air yang sejuk dapat menyegarkan badan dan menyebabkan saya memilih untuk turut sama menggunakan bekalan air bukit walaupun air paip yang disediakan kerajaan sudah ada.

"Bekalan air bukit ini amat besar manfaatnya buat penduduk kampung ini selain ia merupakan antara tradisi kampung yang masih kekal," katanya.

Menurutnya, musim peralihan monsun yang membawa musim panas mendorong meningkatnya penggunaan air dan dia memilih menggunakan air bukit sebagai alternatif bagi mengurangkan penggunaan air paip kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kampung-payang-kayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056445 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list