CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 0

[Sarawak] Kementerian akan lebih agresif tambah rakan strategik KGC tahun ini

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (dua kiri) menyampaikan plak rakan strategik KGC kepada Leong (tiga kiri) sambil diperhatikan oleh Tang (kiri) dan Rohana.

SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak akan lebih agresif mencari serta menambah rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC) pada tahun ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, KGC merupakan satu inisiatif kerajaan negeri yang membolehkan pihak swasta, badan korporat, syarikat, pasar raya dan kedai yang ingin menawarkan diskaun atau rebat ke atas produk dan perkhdimatan mereka kepada pemegang kad.

"Oleh itu, kita mahu menambah rakan strategik supaya kad ini dapat digunakan dengan lebih menyeluruh lagi," ujarnya ketika berucap pada majlis penyampaian plak rakan strategik KGC kepada Win Hotel di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu yakin banyak yang mahu menjadi rakan strategik KGC tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon, di mana permohonan boleh dibuat secara manual dengan mendapatkan borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mengisi borang secara dalam talian.

Di Bahagian Sibu katanya, kini terdapat sebanyak 40 rakan strategik yang menawarkan pelbagai kesitimewaan kepada pemegang kad, dengan 471 rakan strategik di seluruh Sarawak.

"Di Sibu, terdapat seramai 37,930 pemegang KGC daripada jumlah keseluruhan sebanyak 273,979 pemegang KGC," jelasnya sambil menambah, KGC boleh dipohon oleh semua warga emas Sarawak yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Sebagai rakan strategik yang baharu katanya, Win Hotel menawarkan kadar korporat bagi kadar harga bilik yang tersedia di hotel terbabit.

Selain Win Hotel, rakan strategik di Sibu adalah Sibu Specialist Medical Centre, Ban Siew Casket, 20DB Hearing Sdn Bhd dan banyak lagi.

Menyentuh mengenai pindaan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang disalurkan kepada pemegang KGC, Fatimah berkata pindaan itu nanti diharap dapat memberi manfaat yang lebih kepada pemegang kad semasa mereka masih hidup.

"Kita telah menyemak semula bantuan dan dengan kelulusan kerajaan negeri, diharap dapat bermula tahun ini. Kita akan bermula dari kumpulan B40, di mana ia akan memberi faedah perubatan kepada mereka.

"Apabila pemegang KGC ini pergi ke panel kesihatan kita untuk mendapatkan rawatan, bayaran rawatan akan terus ditolak daripada jumlah yang diberikan kepada pemegang kad," jelasnya sambil menambah had bantuan untuk satu tahun akan ditetapkan nanti.

Menurut Fatimah, ini bermakna bila pemegang kad masih hidup, mereka boleh menggunakan KGC untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan hospital swasta supaya mereka tidak perlu beratur untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan.

Difahamkan, BIK yang berjumlah RM3,000 itu akan dikurangkan dan disalur kepada pemegang kad untuk mendapatkan rawatan kesihatan terbabit.

Hadir sama pada majlis iru ialah Pengurus Win Hotel Desmond Leong, Ketua Cawangan Bantuan Kesejahteraan Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Rohana Isnawi serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Tang Kee Lee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.079493 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list