CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak di hadapan dalam penuhi Perjanjian Paris 2015: Awang Tengah

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Lapan wakil pemilik tanah persendirian merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas Menandatangani MoU SOP Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendirian di Miri, pada Jumaat.

MIRI: Sarawak mendahului negeri lain di Malaysia dan wilayah di Asia Tenggara dalam memenuhi keperluan Perjanjian Paris 2015 untuk menangani perubahan iklim.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini dapat dilihat dalam campuran penjanaan tenaga semasa yang kebanyakannya terdiri daripada 70 peratus daripada kuasa hidro, dan intensiti pelepasan karbon sistem kuasa Sarawak yang telah dikurangkan sebanyak 73 peratus antara tahun 2010 dan 2021.

“Kita sedang meneroka cara untuk menyahkarbon sistem pengangkutan kita menggunakan Autonomous Rapid Transit (ART) dan disepadukan dengan penyelesaian digital untuk mencipta pengalaman yang lancar menggunakan sel bahan api hidrogen.

“Ini menjadi asas ke arah penyahkarbonan sistem pengangkutan awam kita dengan matlamat untuk mengurangkan jejak karbon daripada pengangkutan darat di bandar raya Kuching sebanyak 15 peratus menjelang 2030.

“Kerajaan Sarawak juga merupakan yang pertama mempunyai undang-undang untuk mengawal selia penyimpanan karbon dan pengurangan pelepasan karbon di Malaysia dengan pindaan kepada Peraturan Kanun Tanah Sarawak (Penyimpanan Karbon) 2022 dan penggubalan Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 untuk memudahkan perdagangan karbon.

“Inisiatif ini diperkukuhkan lagi apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Alam Sekitar (Pengurangan Pembebasan Gas Rumah Hijau) pada 20 November 2023 yang bertujuan untuk mengawal selia pelepasan gas rumah hijau, menggalakkan penangkapan dan penyimpanan karbon serta mengurangkan kesan perubahan iklim untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya.


Lapan wakil pemilik tanah persendirian menandatangani MoU.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Menandatangani Memorandum Usaha Sama (MoU) Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendirian di sebuah hotel terkemuka di sini, petang Jumaat.

MoU tersebut ditandatangani antara Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak dengan lapan pemilik tanah persendirian iaitu Naim Land Sdn Bhd, Permy Development Sdn Bhd, Pantai Bayu Indah Sdn Bhd, Linau Mewah Sdn Bhd, Woodman Sdn Bhd, Curtin University Malaysia, Miri Housing Development Realty Sdn Bhd dan Miri North City Development Sdn Bhd.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata, pemeteraian MoU bagi SOP Pencegahan dan Menangani Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendirian merupakan satu peristiwa penting di mana ini merupakan inisiatif khusus bagi mencegah kebakaran gambut di Kuala Baram, Miri dengan kerjasama dan bantuan daripada pemilik tanah persendirian.

“Ini adalah inisiatif hebat dan terancang daripada NREB untuk menangani kejadian kebakaran gambut yang berulang di Kuala Baram yang mempunyai kira-kira 8,000 hektar kawasan terdedah kebakaran gambut di sekitar Bandar Baru Permyjaya, Desa Senadin dan Universiti Curtin Malaysia.

“Usaha itu akhirnya membuahkan hasil dalam menangani masalah tahunan ini dengan penurunan ketara kawasan gambut terbakar sebanyak 2,218 hektar pada 2019 kepada 683.5 hektar pada 2020 dan hanya 14.5 hektar pada tahun 2023.

“Inisiatif ini memainkan peranan penting untuk menyokong usaha kerajaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan Sarawak melalui ‘tetapan trend’ untuk mempamerkan keupayaan pemilik tanah bekerjasama dengan agensi berkaitan ke arah matlamat bersama untuk memastikan pengurusan dan perlindungan alam sekitar yang lebih baik,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting dan Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.796957 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list