CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari rasmi Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) menandatangani plak perasmian masjid baharu, Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya hari ini.

SIBU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya, di sini.

Abang Johari berkata, pembinaan masjid baharu terbabit bermula Ogos 2019 menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak menunjukkan komitmen untuk memperkukuhkan keharmonian dan kekayaan budaya di Sarawak.

Menurutnya, dengan kos pembinaan mencecah kira-kira RM32 juta, Masjid Al-Madinah Al-Husna menampilkan gabungan teknologi terkini, unsur kebudayaan etnik Sarawak dan kehijauan alam sekitar.

"Masjid ini mencerminkan identiti unik Sibu Jaya sebagai sebuah komuniti yang padu, menonjolkan keindahan alam sekitar dan mempromosikan keharmonian antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau turut mengumumkan rancangan pembinaan masjid berkonsep teknologi baharu di Kemuyang yang akan dibina tanpa menggunakan tiang dengan pengaplikasian kaedah pembinaan terkini menggabungkan elemen-elemen moden dalam reka bentuk masjid.

"Kami berhasrat membina masjid yang tidak hanya memenuhi keperluan ibadah, tetapi juga mengaplikasikan teknologi baharu untuk memastikan masjid ini menjadi mercu tanda pembangunan yang progresif," jelasnya.

Selain itu, dalam usaha mengukuhkan infrastruktur keagamaan di Sibu, beliau mengumumkan rancangan pembinaan masjid di kawasan lain dan merancang membawa inisiatif tersebut ke peringkat daerah.

Abang Johari pada majlis sama turut memberitahu Sarawak turut mengambil langkah proaktif dalam pembangunan ekonomi dengan mengadaptasi ilmu digital dan teknologi tenaga terbaharui.

Katanya, kerajaan Sarawak tidak hanya akan memajukan ekonomi negeri, tetapi juga mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

Tegas beliau, pendekatan ini mencerminkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan keperluan untuk menjaga keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

"Dengan penggunaan ilmu digital dan penekanan terhadap teknologi tenaga terbaharui, ia menunjukkan kesungguhan Sarawak dalam menyumbang kepada perubahan positif dalam pelbagai bidang, daripada agama hinggalah pembangunan lestari," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051326 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list