CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 0

[Kelantan] Gajah liar musnah tanaman penduduk ditangkap

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

Seekor gajah jantan yang ditangkap Jabatan Perhilitan di Kampung Subong, RPT Kesedar Sungai Terah di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN PERHILITAN

GUA MUSANG – Seekor gajah jantan liar yang merosakkan tanaman di Kampung Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini sejak bulan lalu akhirnya berjaya ditangkap semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran gajah liar di kawasan kebun terbabit pada 25 Februari lalu.

Katanya, bertindak daripada laporan itu, seramai lapan anggota yang terdiri daripada Jabatan Perhilitan daerah Gua Musang dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) negeri membuat pemantauan serta berjaya menangkap gajah liar terbabit semalam.

“Tangkapan gajah liar itu sekali gus mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk kampung akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

“Operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Operasi pemindahan turut melibatkan kakitangan Jabatan Perhilitan negeri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, operasi menangkap dan memindahkan gajah bukan penyelesaian jangka panjang bagi konflik gajah liar memandangkan kawasan kebun berkenaan terletak berhampiran kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri dan HSK Sungai Terah.

Katanya, dianggarkan lebih daripada 30 ekor gajah liar berada di HSK terbabit.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... penduduk-ditangkap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058628 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list