CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5536|Reply: 0

[Sarawak] Uggah harap pembinaan jalan pesisir baharu Kuching-Samarahan siap lebih awal

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:44 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (dua kanan) mendengar taklimat semasa meninjau perkembangan projek, hari ini.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap kerja-kerja pembinaan jalan pesisir baharu menghubungkan Kuching dengan Bahagian Samarahan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

Menurut Uggah, projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer tersebut yang juga sebahagian daripada cadangan di bawah Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan dikategorikan sebagai projek sakit sebelum ini.

"Sekarang kita lantik semula kontraktor Avinn Engineering Services Sdn Bhd dengan tarikh penyiapan baharu ditetapkan kepada 7 Februari 2026 serta kos RM106,968,880.

"Setakat ini (pembinaan) berjalan dengan baik mengikut jadual meskipun hujan dan saya harap kemajuan ini akan dikekalkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau kemajuan projek di Kota Samarahan dekat sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) menambah, tiada sebab mengapa projek itu dikategorikan sebagai projek sakit lagi kerana kerja-kerja pelaksanaannya adalah mudah.

Tambahan katanya, kerja-kerja pembinaan jalan baharu ini tidak berdepan dengan banyak isu yang boleh menjejaskan pelaksanaannya.

Malah katanya, fenomena El Nino diramalkan bermula Mac ini yang mana bagus untuk kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembinaan susulan jumlah hujan adalah kurang.

"Jadi kontraktor harus mengambil kesempatan daripada ini (cuaca panas)," katanya.

Uggah turut berharap kontraktor dapat menyiapkan projek itu lebih awal daripada jadual iaitu November 2025.

Terdahulu, Uggah diberi taklimat mengenai perkembangan projek daripada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cassidy Moris.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.093500 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list