CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6171|Reply: 0

[Sarawak] Lima projek RTP di DUN Tanjong Datu siap

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:01 PM | Show all posts |Read mode


Azizul (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan penyiapan Dewan Kampung Klaoh daripada pihak berkaitan. - Gambar UKAS

LUNDU: Lima projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan di kawasan DUN Tanjong Datu kini siap sepenuhnya.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kesemua projek itu disiapkan oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berharap projek yang telah siap itu dapat diguna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan orang kampung.

Katanya, ia seperti projek baik pulih Dewan Kampung Klaoh dan projek naik taraf Dewan Kampung Sungai Cina Lundu.

Menurut beliau, kemudahan khususnya dewan itu akan dapat digunakan untuk perayaan dan penganjuran pertandingan seperti badminton dan sebagainya.

Selain itu, ia boleh dijadikan penempatan sementara kampung jika ada kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau juga menyaksikan penyerahan projek siap untuk naik taraf jalan Lorong 11, Jalan Masjid dan Jalan Dewan di Kampung Sungai Cina dan projek bina baharu jeti Kampung Rambungan yang telah siap sepenuhnya.

Sementara itu, turut disaksikan adalah penyerahan projek naik taraf Jambatan Gantung Kampung Rayu Iban yang kini boleh dilalui oleh penduduk setempat.

Di Klaoh, Azizul juga mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM20,000 bagi tujuan menaik taraf beberapa aspek dalam Dewan Kampung Klaoh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.283500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list