CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5368|Reply: 0

[Sarawak] 151,287 pelancong lawat Muzium Memorial Hospital Lau King Howe sejak dibuka

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode


Noormi (empat kiri) menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Ting sambil disaksikan yang lain.

SIBU: Sebanyak 151,287 pelancong domestik dan asing telah melawat Muzium Memorial Hospital Lau King Howe di sini sejak dibuka pada 4 Disember 2008.

Bulan Januari 2024 sahaja, muzium terbabit telah menerima 335 pelawat, kata Pengurusnya John Ting.

"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk melawat muzium bagi mempelajari lebih lanjut tentang sejarah perkembangan perubatan di kawasan tengah," katanya semasa menyambut beberapa pelawat di muzium itu, baru-baru ini.

Antara pelawat tersebut ialah Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noormi Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) Dr Aminuddin Mohd Natar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Program Kesihatan Pergigian KKM Dr Mustaffa Jaapar.

Pelawat lain dalam kumpulan itu termasuk Pegawai Pergigian Bahagian Sibu Dr Wong Siong Ting dan kakitangan Pejabat Pergigian Bahagian Sibu Johnny Lanyan.
Ting berkata, Muzium Memorial Hospital Lau King Howe kini merupakan satu-satunya muzium peringatan hospital di Malaysia.

"Ia telah menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk Sibu dan kawasan tengah Sarawak dari tahun 1936 hingga 2005, selama 69 tahun," katanya.
Muzium Memorial Hospital Lau King Howe dibuka pada Selasa hingga Ahad, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ia ditutup pada hari Isnin dan cuti umum.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.225786 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list