CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5383|Reply: 0

[Sarawak] DUBS disaran sediakan ahli, ambil bahagian dalam pembangunan Sibu

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar (enam kanan) menyaksikan Pengerusi DUBS Holding Sdn Bhd Datuk Abdul Kadir Sahib menyerahkan replika kunci jentera berat kepada Pengerusi DUBS Cawangan Sibu Salmah Umar (lima kanan).

SIBU: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) perlu melihat ke hadapan dalam menyediakan ahli mereka dengan kemahiran, kecekapan dan kapasiti serta lesen untuk mengambil bahagian dalam pembangunan di bandar Sibu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, usaha ini amat penting supaya mereka tidak hanya sebagai penonton pembangunan selama-lamanya.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedang menjalankan rancangan pembangunan semula Bukit Assek dan Kampung Datu dan sudah pastinya ia melibatkan banyak projek.

"Pembangunan semula Bukit Assek dan Kampung Datu melibatkan kos dianggarkan RM7 bilion, DUBS mesti melihat ke hadapan dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ini," ujarnya.

Dr Annuar berkata demikian pada majlis penyampaian jentera berat daripada DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Sibu di Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Beliau turut menyeru agar DUBS menjalinkan kerjasama dengan persatuan perniagaan masyarakat Cina seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI).

"Banyak projek di bawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) boleh dimanfaatkan oleh DUBS, tetapi perkara yang paling penting ialah kapasiti ahli DUBS mesti setanding atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan orang lain," katanya.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, kerajaan akan sentiasa memberi peluang kepada rakyat.

"Saya boleh memberitahu anda akan banyak pembangunan dan pembinaan berlaku di Sibu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Di Kemuyang saja, 700 hingga 800 rumah akan dibina. Ada jalan raya dari Kemuyang ke Pasai akan dibina dengan kos RM92 juta telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Akan ada tanah besar untuk dibangunkan, DUBS perlu merebut peluang itu atau anda akan ketinggalan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054063 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list