CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8506|Reply: 0

[Sarawak] BazarNita Fatima Dalat bakal ditransformasi berinspirasi pasar Abu Dhabi

[Copy link]
Post time 3-3-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-3-2024 01:43 PM



Fatimah merakam kenangan selepas majlis prapelancaran BNF Corner di BazarNita Fatima di Dalat, semalam.

SIBU: BazarNita Fatima Dalat bakal ditransformasi dengan mengambil inspirasi sebuah pasar di Abu Dhabi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, transformasi tidak hanya ditingkatkan dari segi fasiliti, tetapi juga menekankan kebersihan dan keceriaan persekitaran.

“Saya melihat satu model yang saya jumpai di Abu Dhabi, di mana tempat menjual sayur dan ikan dalam keadaan begitu bersih, ceria dan kondusif sekali.

“Sebab itu, kita perlu menggembleng tenaga dan juga akal fikiran bersama-sama para peniaga dengan menggabungkan idea, usaha dan cadangan supaya dapat mentransformasikan pasar ini untuk nampak lebih moden, kemudahan yang lebih baik dan ceria dari segi penampilannnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran BNF Corner di BazarNita Fatima di sini, semalam.

Dari segi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu memberitahu, beliau akan memohon daripada Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).
Jelasnya, dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri, pelaksanaan transformasi dapat dipercepatkan.

“Walaupun sebenarnya usaha telah dilakukan untuk memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan, tetapi dalam masa yang sama kita usaha menggunakan peruntukan kerajaan negeri melalui RADDA,” katanya.

Menyentuh mengenai BNF Corner Fatimah berkata, ia memberi nilai tambah kepada BazarNita Fatima dalam usaha membantu golongan wanita menambah pendapatan.

“Saya melihat usaha yang dijalankan peniaga-peniaga di BNF ini sebagai satu usaha yang sangat murni, di mana tidak ada had kepada usaha untuk menambah pendapatan keluarga terutama ketua isi rumahnya adalah wanita.

“Sebab itu, saya terpanggil untuk memberi kemudahan lagi (BNF Corner) dengan penambahan kerusi dan meja yang berkualiti dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya.

Sementara itu, bagi memeriahkan majlis, pertandingan mewarna dianjurkan melibatkan 37 kanak-kanak, manakala bagi kategori terbuka ibu bapa pula menerima 19 penyertaan.

Untuk catatan, BazarNita kini telah mendaftarkan 36 peniaga dan telah membuka empat kios baharu untuk operasi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065677 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list