CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11185|Reply: 0

[Sarawak] KRT di Sibu disaran lebih aktif bagi meraih geran tahunan JPNIN

[Copy link]
Post time 3-3-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


Anyi (lima kanan), Teo (tiga kanan), Chiew (dua kanan), Yong (empat kanan) serta yang lain menggaul yee sang pada Pesta Angpau dan Pertandingan Karaoke Cina Veteran di Sibu, semalam.

SIBU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bahagian ini disarankan supaya lebih aktif dalam penganjuran program mereka bagi mendapatkan geran tahunan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, beliau difahamkan bahawa geran setahun yang diperuntukkan adalah sebanyak RM6,000.

"Saya difahamkan bahawa KRT yang aktif akan layak menerima RM6,000 setahun manakala KRT kurang aktif tidak layak menerima geran tahunan ini," katanya berucap menghadiri Pesta Angpau dan Pertandingan Karaoke Cina Veteran anjuran KRT Nibong Sibu dan Persatuan Kebajikan Masyarakat Durin Sibu (PKMDS) di sebuah restoran di sini, semalam.

Hadir sama ialah wakil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, wakil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Stanley Chiew dan Pengerusi KRT Nibong Sibu merangkap Pengerusi PKMDS Yong Chong King.

Anyi berkata, KRT adalah satu badan di bawah naungan JPNIN yang dikehendaki menjalankan banyak aktiviti berkaitan dengan kemasyarakatan untuk memupuk perpaduan berbilang kaum dan agama di negara ini.

JPNIN yang diketuai Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang katanya, amat bertepatan kerana Aaron adalah orang Sarawak dan Kanowit sendiri yang berperanan penting menjaga perpaduan di negara ini melalui KRT.

"Saya sendiri juga terlibat aktif dalam KRT.

"Saya pernah menjadi pengerusi KRT Nanga Ngungun Zon 1 dari 2017 hingga 2022 walaupun telah menjadi wakil rakyat," ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa KRT ditubuhkan supaya ahli-ahlinya dapat bergaul antara satu sama lain dan mengenali banyak bangsa.

Melalui KRT jelasnya, program menziarahi semasa perayaan juga dapat memulihara hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

"Program seperti ini selain mengeratkan silaturahim memperlihatkan keaktifan sesebuah KRT," jelasnya.

Sementara itu, Anyi turut memberitahu bahawa KRT Nanga Ngungun Zon 1 adalah antara KRT paling aktif di bahagian Sibu.

Justeru, beliau mahu KRT-KRT yang sedia ada di negeri ini supaya sentiasa bergiat aktif bagi memberi impak besar kepada nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.065352 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list