CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16565|Reply: 0

[Sarawak] ISKCON Kuching hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir

[Copy link]
Post time 3-3-2024 10:03 PM | Show all posts |Read mode


Lo bersama Prabu (enam kanan) serta ahli ISKCON Kuching memberi sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Stapok hari ini.

KUCHING: Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON) Kuching menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang berada di dua Pusat Pemindahan Sementara di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, sebanyak 300 paket makanan masing-masing diagihkan kepada PPS Dewan Masyarakat Stapok dan PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru.

“Kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Desa Wira dan Batu Kawa yang terpaksa berpindah ekoran banjir melanda kawasan kediaman mereka sejak semalam (Sabtu).

“Justeru, kita amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ahli ISKCON kerana prihatin nasib mangsa banjir terbabit dengan memberi bantuan makanan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Dewan Masyarakat Stapok di sini, hari ini.

Lo turut menzahirkan rasa sedih melihat mangsa banjir terutama yang membabitkan kanak-kanak dan warga emas.

“Saya harap dengan bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraan kepada mereka.

Malah, saya menggalakkan semua masyarakat yang berada di kawsan Kuching, jika anda berkemampuan, beli makanan kering dan sumbangkan ke PPS," katanya.

Sementara itu, Pengerusi ISKCON Kuching Prabu Kripa berkata pemberian makanan percuma itu adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan persatuan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Kami telah menyediakan kira-kira 600 paket nasi lemak vegetarian dan kebiasaannya akan mengunjungi pelbagai tempat seperti rumah kebajikan, pasar dan kampung untuk mengedarkan makanan.

“Namun untuk hari ini (3 Mac), Dato Lo telah mencadangkan agar kita mengagihkan makanan kepada mangsa banjir.

“Justeru, kali ini kami mengambil keputusan untuk mengagihkan makanan kepada mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Beliau juga berkata ISKCON Kuching gembira dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

“Kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang dari segi barangan seperti barangan masakan, supaya dapat digunakan untuk aktiviti amal,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan yang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050309 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list