CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20397|Reply: 0

[Sarawak] Penyertaan dibuka untuk Pertandingan Memancing KIKF 2024

[Copy link]
Post time 3-3-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KABONG: Kaki-kaki pancing di kawasan ini dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Memancing sempena Kabong International Kite Festival (KIKF) 2024.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 9 Mac, bermula jam 7 hingga 11 pagi di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Ia bakal menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada para pemenang.

Johan pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, naib johan RM400, tempat ketiga RM300 manakala pemenang tempat keempat hingga ke-17 RM50 setiap seorang.

Pertandingan ini juga bakal menyediakan hadiah misteri kepada pemenang terpilih dengan menawarkan hadiah wang tunai RM150.

Pemenang pada pertandingan ini untuk kategori utama ialah tangkapan ikan yang paling berat.

Peserta yang bakal menyertai pertandingan ini hendaklah berumur 16 tahun ke atas dan setiap seorang peserta hanya dibenarkan membawa sebatang joran dan satu mata kail.

Ketika menyertai pertandingan ini, peserta tidak dibenarkan menggunakan umpan palsu.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini dan proses pendaftaran, bolehlah dibuat dengan menghubungi urus setia pertandingan Abdul Rahim di talian 010-2314348 dan Mohamad Firdaus (011-31830142).


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/03/penyertaan-dibuka-untuk-pertandingan-memancing-kikf-2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.096705 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list