CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21917|Reply: 0

[Sarawak] Perahu terbalik di sungai Niah, lelaki dikhuatiri lemas

[Copy link]
Post time 3-3-2024 10:31 PM | Show all posts |Read mode


Perahu yang dinaiki mangsa kelihatan terbalik dalam kejadian itu.

MIRI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaikinya terbalik di sungai berdekatan Taman Negara Niah, dekat sini tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit kira-kira jam 12.03 tengah hari.

“Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Mangsa dikhuatiri lemas yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai berusia lingkungan 40-an dan ketika kejadian dikatakan berpakaian baju biru lengan pendek,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak taman negara katanya, semasa kejadian terdapat dua saksi iaitu penduduk kampung berdekatan yang melihat mangsa terjatuh dari perahu yang dalam keadaan terbalik.

“Menurut saksi di lokasi, perahu yang dinaiki mangsa telah terbalik dan mangsa terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang.

“Selepas mendapat maklumat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan mencari dari Jeti Sepupok hingga ke Jeti Taman Negara Niah dengan menggunakan kaedah besi mencengkam dalam radius satu kilometer,” ujarnya.

Sehingga berita ini ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058175 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list