CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22136|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor penyelamat gigih pulihkan projek sakit

[Copy link]
Post time 3-3-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Kontraktor penyelamat meneruskan baki kerja pembinaan atau naik taraf ketiga-tiga projek, kata Uggah



Cassidy bersama Uggah di tapak projek jalan menuju ke Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau.
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menarik nafas legas selepas kontraktor penyelamat yang mengambil alih beberapa projek sakit menunjukkan usaha gigih untuk memulihkannya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tiga projek di Serian pada Sabtu, iaitu jalan raya baharu satu laluan sepanjang 6.3 kilometer yang menghubungkan Jalan Kampung Tanjung Bako dan Jalan Kuching/Lebuh Raya Samarahan di Jalan Pesisir Sarawak di Samarahan dan jalan raya baharu dua lorong baharu sepanjang 5.7 kilometer ke jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau.

Satu lagi projek naik taraf Jalan Padawan (Fasa 1) sepanjang 14.9 kilometer di bahagian Serian.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat projek Jalan Padawan, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata kontraktor penyelamat meneruskan baki kerja pembinaan atau naik taraf ketiga-tiga projek itu.

“Kontraktor sebelum ini telah ditamatkan kontrak kerana kegagalan mereka menyampaikan seperti yang dijadualkan.

“Saya berbesar hati apabila kontraktor baharu menjalankan tugas mengikut jadual. Saya harap mereka akan meneruskan momentum mereka. Kita tidak mampu untuk ada lagi projek tertangguh,” katanya.

Beliau menambah, apabila projek-projek yang telah dilulus dan dilaksanakan, rakyat berharap ia disiapkan mengikut jadual.

Kerajaan katanya, juga mempunyai harapan sama tetapi ada kalanya kontraktor-kontraktor berdepan masalah dan mereka perlu diganti dengan yang baharu.

“Oleh itu, kontraktor baharu dilantik untuk menyelamatkan projek-projek ini dengan harapan mereka dapat menyiapkannya.

“Kita akan terus memantau rapat semua projek di seluruh negeri yang sudah diberikan kepada kontraktor penyelamat,” ujarnya.

Mengenai jalan menghubungkan Jambatan Batang Lupar 1, beliau berkata ia komponen yang sangat kritikal.

“Apa yang kita tidak mahu lihat ialah jambatan sudah siap tetapi jalan belum. Jadi kita telah berbincang dengan kontraktor baharu.

“Ada beberapa isu tetapi nampaknya ia telah menyelesaikannya sekarang untuk JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kontraktor membuat analisis laluan kritikal bagi memastikan ia dapat disiapkan.

"Kami telah bersetuju untuk membuat garis masa bagi jalan bernilai RM107.5 juta itu disiapkan terlebih dahulu... harap pada November 2025.

"Ini kerana kita sedang melihat rancangan untuk jambatan itu siap sebulan kemudian (Disember 2025),” kataya sambil menambah, pada Januari 2026, jambatan sudah boleh dibuka kepada pengguna.

Menyentuh projek jalan raya bernilai RM106.968 juta yang menghubungkan Jalan Kampung Tanjung Bako dan Lebuh Raya Jalan Kuching/Samarahan di Jalan Pantai Sarawak, Uggah berkata ia telah diserahkan kepada kontraktor baharu pada 8 Ogos 2023.

Menurutnya projek itu dijangka siap pada awal Februari 2026 dan ketika ini sudah siap 5.2 peratus berbanding jadual semasa 4.55 peratus.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf Jalan Padawan (Fasa 1), beliau berkata kontraktor baharu dilantik baru sahaja mengambil alih projek itu pada 16 Februari 2024.
"Kami berharap ia akan siap pada 15 Ogos, 2026."

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datu Chiew Chee Yaw dan Timbalan Pengarah JKR Cassidy Morris.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.329413 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list