CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4687|Reply: 0

Jangan terlalu harapkan magis Pan-gon

[Copy link]
Post time 4-3-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 4-3-2024 01:43 PM



PENGALAMAN di pentas Piala Asia wajar dijadikan pedoman buat seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tidak terlalu mengharapkan magis daripada Kim Pan-gon pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Atas kertas, Oman ternyata lebih mendahului skuad negara memandangkan Liga Oman masih lagi berjalan sedangkan Liga Malaysia (Liga M) hanya akan berlangsung pada Mei ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim berkata, semua pihak harus memberikan keyakinan terhadap Pan-gon untuk merangka strategi terbaik bagi mengatasi Oman yang berada di kedudukan ranking lebih baik.

“Kesemua pemain Oman sedang aktif bermain di liga. Sebanyak 98 peratus pemain Oman yang bermain di Piala Asia bermain di Liga Oman, seorang di Liga Bahrain, manakala seorang lagi di Liga Qatar.

“Jurulatih mereka hanya perlu menyusun latihan taktikal, kaji kekuatan dan kelemahan Malaysia untuk diimbangkan dengan mereka.

“Sudah pasti kemampuan Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi di kiri serta kanan akan jadi tumpuan. Mereka juga akan mengkaji bagaimana mahu tembusi kawalan Dion Cools dan rakan lain di kubu pertahanan Harimau Malaya.


“Kesimpulannya, jangan terlalu letakkan harapan tinggi untuk dua perlawanan bertemu Oman kerana lawan tampak le­bih bersedia daripada Malaysia. Merendah diri, jangan terlalu ‘mat jenin’,” katanya.

Berdasarkan ranking dunia, Oman kini berada di tempat ke-80, manakala Harimau Malaya di tangga ke-132.

Selepas dua perlawanan awal Kumpulan D, Malaysia berada di kedudukan teratas dengan mata maksimum dan dijadualkan menentang Oman pada 22 dan 26 Mac ini.

Justeru, Persatuan Bola Sepak Malaysia wajar me­nyiapkan perancangan buat Pan-gon termasuk mengatur aksi persahabatan bagi memastikan pemain sudah bersedia.




BARISAN pemain negara berdepan tugas sukar untuk menewaskan Oman yang semenangnya jauh lebih bersedia menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... pkan-magis-pan-gon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078274 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list